Siapakah Antara Ahli Madinah itu?

| |


Gambar: bandar Madinah


Siapakah Antara Ahli Madinah itu?


Berkata al-Hafiz al-Nasa'i dalam risalahnya; Tasmiyyah Fuqaha' al-Amsar min al-Sahabah famin Ba'dahum


"Sahabat dari kalangan Ahli Madinah itu adalah `Umar bin al-Khattab, dan Zaid bin Thabit, dan `Abdullah bin `Umar dan `Aishah


Dan daripada kalangan Tabi'in pula ialah Sa'id bin Musayyib dan `Urwah bin al-Zubair, dan Abu Salamah bin `Abd al-Rahman, dan `Ubaidillah bin `Abd al-Allah bin `Utbah, dan Sulaiman bin Yasar, dan Kharijah bin Zaid bin Thabit dan Abu Bakr bin `Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam dan `Ali bin al-Husain, dan al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq, dan Salim bin `Abd al-Allah bin `Umar, dan Abu Ja'far bin Muhammad bin `Ali dan `Umar bin `Abd al-`Aziz


Manakala yang selepas mereka pula ialah `Abd al-Allah bin Zaid bin Hurmuz, dan Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri, dan Rabi'ah bin Abi `Abd al-Rahman, dan Abu al-Zinad `Abd al-Allah bin Zakwan, dan Yahya bin Sa'id al-Ansari


Manakala yang selepas mereka pula ialah Malik bin Anas, dan `Abd al-`Aziz bin Abi Salamah al-Majishun,


Manakala dari kalangan Ashab Malik yang merupakan Ahli Madinah pula ialah, `Abd al-Malik bin `Abd al-Aziz al-Majishun


Sekian dikongsi, 
Abu Ismail Muhammad Fathi `Ali al-Tabib



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 9:17 PM. Filed under .

0 comments for "Siapakah Antara Ahli Madinah itu?"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign