Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi - Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi-

| |



مصطلح (حسن/غريب/حسن غريب) عند الترمذي
- الدكتور عبد القادر مصطفى المحمدي -

Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi 
- Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi-

oleh: 
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy


Maklum bahawa istilah "Hasan" bagi Imam Al-Tirmizi adalah khilaf disisi pengkaji hadith moden, ada yang berpendapat ia sama seperti istilah dalam buku-buku mustolah moden, dan ada yang berpendapat ia bermaksud dhaif, dan pendapat yang menyatakan bahawa maksud "Hasan" disisi Al-Tirmizi sebagai Dhaif adalah juga antara pendapat yang muktabar disisi pengkaji hadith masa kini. Dan saya mengikut dan berpegang dengan pendapat ini.

Jika lama dulu saya pernah kongsikan pendapat syaikh `Abdul `Aziz Al-Tharifi, syaikh `Abdullah bin `Abdulrahman Al-Sa'ad, dan juga jawapan e-mail dari syaikh Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf sendiri bahawa mereka berpegang istilah Hasan disisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya adalah bermaksud Dhaif, 

Maka kali ini, disini saya kongsikan pula kalam Dr. Mustafa Al-Muhammadi (murid kepada Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf) dalam thesis PHD nya: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin (thesis yang diselia oleh guru beliau Dr. Basyar `Awwad sendiri) berkenaan maksud istilah "Hasan / Gharib / Hasan Gharib" disisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya secara khusus. 

Beliau menjelaskan hal ini berkali-kali pada banyak tempat dalam thesis PHD nya, antaranya adalah seperti di bawah:

1- Kata Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi: 


أن إطلاق مصطلح"حسن"عند الإمام الترمذي ... في جامعه فإنه خصه لنفسه،فهو يطلقه ويريد به الحديث الضعيف

"...sesungguhnya telah menggunakan istilah "Hasan" disisi Al-Imam Al-Tirmizi ...dalam Jami' nya, sesungguhnya ia adalah istilah yang khusus disisnya, iaitu dia menggunakan dan menginginkan padanya bahawa hadith itu adalah hadith Dhaif..." 

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 334)

2- Kata beliau lagi: 

وقد اتضح لنا مما سلف أنه يريد بالحديث إذا حسنه في جميعه خاصة أنه "معلول" كما بينه في علله الملحق بالجامع

"dan telah kita jelaskan (dalam perbincangan - pent) sebelum ini, sesungguhnya apa yang diinginkan dengan sesuatu hadith yang dihasankan nya (iaitu Imam Tirmizi -pent) dalam kitab Jami' nya (Sunan Tirmizi) secara khusus ialah bermaksud hadith itu "Ma'lul (cacat / dhaif - pent), sebagaimana yang telah di jelaskan oleh beliau sendiri dalam i'lal nya yang tercantum dalam kitab Jami'nya (iaitu bab akhir Sunan Tirmizi -pent) 

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 336)

3- kata nya lagi: 

فالخلاصة:... إذا حكم عليها بأنها حديث "حسن" أو "حسن غريب" أو "غريب" , وعرفنا مراده من قوله: حسن أو غريب كما أسلفناه: أنه يريد به الحديث المعلول

"maka kesimpulannya:....apabila beliau menghukum atas sesuatu hadith itu dengan katanya "Hasan" atau "Hasan Gharib" atau "Gharib", dan telah kita jelaskan apa yang diinginkan dengan katanya: Hasan atau Gharib sebagimana yang telah disebut ialah sesungguhnya beliau mengingin akan padanya hadith itu ma'lul (cacat/ dhaif)

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 336)


Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, buku "Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin" ini adalah thesis PHD syaikh Dr. Mustafa `Abdul Qadir Al-Muhammadi yang diselia oleh guru beliau syaikh Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf. Maka besar kemungkinan juga thesis Dr. Mustafa al-Muhammadi ini adalah buah fikiran Dr. Basyar. Kerana dimaklumi bahawa buah fikiran penyelia sesebuah thesis akan mempengaruhi isi kandungannya

Bahkan, Dr. Basyar dalam tahqiq beliau atas Tarikh Baghdad, (11/530, cetakan tahun 2000) ketika mengomentari dan mengulas sebuah hadith yang dinilai "Hasan Gharib" oleh Al-Tirmizi, kata beliau berkenaan "Hasan Gharib" disisi Al-Tirmizi :


وهذه العبارة تدل على ضعف الحديث عند الترمذي كما هو واضح للدارس لعبارة الترمذي


"dan ibarat (iaitu istilah "Hasan Gharib" -pent) ini menunjukkan bahawa dhaif nya hadith disisi Al-Tirmizi, sebagaimana yang telah jelas berdasarkan pengkajian mendalam yang telah dilakukan ke atas ibarat-ibarat yang digunakan oleh Al-Tirmizi"

Dan tahun lepas (pada Disember, 2009), saya sendiri telah bertanya kepada Syaikh Basyar meminta penjelasan lanjut berkenaan ta'liq beliau dalam Tarikh Baghdad di atas,

soalan saya kepada syaikh Dr. Basyar: adakah "Hasan Gharib" itu bermaksud dhaif disisi Al-Tirmizi?

jawab syaikhana Dr. Basyar `Awwad:

RE: تاريخ بغداد
Monday, December 14, 2009 12:45 AM
From:"Bashar Marouf" <BMarouf@rhc>
To:"'FATHI ALI'" <fathi_ali1427h@yahoo.com>

نعم، مفهوم "الحسن" عند الترمذي هو الحديث الضعيف ، والحديث الذي أشرت إليه عند الترمذي برقم (3620) هو حديث منكر جدًا كما بينته في تعليقي عليه. وهذه النتيجة التي توصلت إليها هي نتيجة استقرائية لصنيع الترمذي، والله الموفق للصواب



"ya. mafhum bahawa istilah "Hasan" disisi Al-Tirmizi adalah Hadith Dhaif.. dan hadith yang telah diisyaratkan (dengan "Hasan Gharib" dalam Tarikh Baghdad -pent) oleh Al-Tirmizi (no. 3620) itu adalah hadith Munkar Jiddan sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam ulasan dan komentar saya padanya, dan natijah (iaitu kesimpulan bahawa istilah "Hasan" disisi Al-Tirmizi adalah dhaif - pent) yang terhasil ini adalah natijah selepas pengkajian mendalam atas karya-karya Al-Tirmizi..."


alhamdulillah, jelas dari kata-kata syaikh Basyar sendiri bahawa istilah "Hasan" disisi Al-Tirmizi adalah dhaif, walaupun saya bertanya berkenaan istilah "Hasan Gharib", namun syaikh Basyar menjawab bahawa istilah "Hasan" itu sendiri adalah bermaksud hadith dhaif bagi Al-Tirmizi dalam sunannya, natijah (kesimpulan) ini adalah berdasarkan penkajian mendalam yang telah beliau lakukan atas karya-karya dan kenyataan Al-Tirmizi,

Maka memang tak syak lagi bahawa isi kandungn thesis PHD syaikh Mustafa `Abdul Qadir Al-Muhammadi ini adalah juga buah fikiran syaikh Basyar selaku penyelia thesis tersebut.

apapun, sebagaimana yangg telah saya jelaskan di permulaan tulisan, kita maklum bahawa istilah "Hasan" bagi Imam Al-Tirmizi adalah khilaf disisi pengkaji hadith moden, ada yang berpendapat ia sama seperti istilah dalam buku-buku mustolah moden, dan ada yang berpendapat ia bermaksud dhaif. Tak dinafikan, ia adalah khilaf disisi pengkaji hadith moden.

Bahkan tak dapat dinafikan, pendapat yang menyatakan bahawa maksud "Hasan" disisi Al-Tirmizi sebagai Dhaif adalah antara pendapat yang muktabar disisi pengkaji hadith masa kini, terutama para pengkaji hadith masa kini yang banyak mengkaji manhaj Mutaqaddimin. Pendapat yang sama seperti Dr. Basyar dan Dr. Mustafa `Abdul Qadir Al-Muhammadi ini turut dikongsi oleh syaikh `Abdul `Aziz Al-Tharifi, syaikh `Abdullah Al-Sa'ad dan lain-lain. Dan saya mengikut dan berpegang dengan pendapat ini.


sekian dikongsi, moga bermanfaat.

Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
7.00 p.m , 15 Zul Qaedah 1431H




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 11:06 PM. Filed under .

0 comments for "Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi - Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi-"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign