[Dr. Mahir & Dr. Hatim] Adakah "Al-Hakim" Termasuk Gelaran Ahli Hadith??
Gambar Hiasan: Masjid Al-Hakim di Qaherah, Mesir
Sesungguhnya, aku telah bertanya (pada 25hb Mac 2010) kepada Al-syaikh Al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl (seorang ahli hadith yang terkenal dan masyhur di Iraq, juga merupakan pensyarah hadith di Universiti Al-Anbar dan pengasas Darul Hadith) , berkenaan istilah ''al-Hakim'', adakah ia termasuk daripada gelaran para Muhaddithin?
Maka jawab syaikhana Dr. Mahir Yasin Al-Fahl:
Thursday, March 25, 2010 11:26 AM
From:
"Dr. Maher Al Fahl" <maher_fahl>
View contact detailsTo:
fathi_ali1427h
هذا الإطلاق ورد عند المتأخرين أن الحاكم من حفظ جميع الأحاديث ، لكن هذا لا يعرف عند المتقدمين فلا فائدة بهذا المصطلح
Aku juga telah bertanya kepada syaikhana Al-Muhaddith Dr. Hatim Al-Syarif (seorang ahli hadith yang terkenal dan masyhur di Makkah, juga merupakan pensyarah hadith di Universiti Ummul Qura) , ketika mengikuti kelas syarah Nukhbatul Fikar pada 4/4/1431H yang berlangsung di Makkah Al-Mukarramah (aku mengikuti kelas tersebut secara siaran langsung online melalui laman web liveislam.net) , pada akhir kuliah tersebut, maka aku pun telah bertanya soalan yang sama kepada Al-Syaikh, iaitu: ''adakah al-Hakim itu termasuk daripada gelaran muhaddithin?''
Maka jawab syaikhana Al-Muhaddith Dr. Hatim Al-Syarif:
"yang rajih (iaitu yang tepatnya) adalah ia bukan gelaran para Muhaddithin...."
Selain daripada dua orang Syaikh di atas yang mana aku telah bertanya kepada mereka berkenaan hal ini, terdapat juga para Masyayikh lain yang menyatakan hal yang sama dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Antaranya ialah Al-Syaikh Al-Muhaddith Thariq Iwadullah dan Al-Syaikh Al-Muhadith Muhammad Khalaf Salamah,
Telah berkata Al-Syaikh Al-Muhaddith Thariq Iwadullah (seorang ahli hadith yang terkenal dan masyhur di Qaherah) dalam kitabnya (Syarh Lughatul Muhaddith), kata beliau:
وأما (الحاكم) فليس من ألقاب الحفظ,خلافا لبعض المتأخرين ممن توهم ذلك
"adapun gelaran (Al-Hakim) ianya bukanlah termasuk daripada gelaran para huffaz (iaitu para Muhaddithin yang terdahulu dari kalangan Salaf, Al-Mutaqaddimin), berbeza dengan (dakwaan dan pendapat) sesetengah Al-Mutaakhirin yang mana mereka (Al-Mutaakhirin) telah melakukan satu kesilapan (dalam memasukkan dan mencipta gelaran ini sebagai salah satu gelaran para Muhaddithin)"
[Rujuk: Syarh Lughotul Muhaddith, Abu Muadz Thariq Iwadullah, muka surat 290, cetakan Maktabah Ibn Taimiah, Giza, Mesir, 2009M]
Begitu juga telah berkata Al-Syaikh Al-Muhadith Muhammad Khalaf Salamah dalam kitabnya (Lisan Al-Muhaddithin), kata beliau:
اشتهر عند كثير من المتأخرين بعد القرن العاشر للهجرة أن كلمة الحاكم لقب لطبقة عليّة من الحفاظ؛ وهذا خطأ محض عجيب...هل سمعتهم وصفوا أحداً من كبار أئمة الحديث بهذه الكلمة ؟!. هل قرأت نحو هذه العبارة : (الحاكم يحيى بن معين)؟ أو (الحاكم أحمد بن حنبل)؟ أو (الحاكم البخاري)؟ أو (الحاكم النسائي) ؟ فإن قيل : هو اصطلاح حادث في عهد بعض شيوخ الحاكم أو بعد ذلك فلذلك لم يوصف به أحد من كبار الحفاظ المتقدمين
"telah menjadi masyhur disisi banyak dari kalangan Al-Mutaakhirin selepas kurun ke-10 Hijrah bahawa perkataan Al-Hakim adalah termasuk salah satu gelaran para huffaz hadith pada tabaqat (kelas, ranking) yang atas, dan hal ini adalah satu kesilapan yang nyata dan ianya pelik...adakah kamu semua pernah melihat dan mendengar mereka (para Muhaddithin terdahulu dari kalangan Al-Mutaqaddimin) mensifatkan seorangpun daripada kalangan para imam-imam hadith yang besar (Kibar Aimmah Al-Hadith) dengan kalimah ini?!. Adakah pernah kamu membaca dan menjumpai kenyataan seperti: (Al-Hakim Yahya Ibn Ma'in)? atau (Al-Hakim Ahmad bin Hanbal)? atau (Al-Hakim Al-Bukhari)? atau (Al-Hakim Al-Nasaie)?, sesungguhnya (ketahuilah) bahawa ianya adalah satu istilah dan terma yang baru (yang direka, dicipta) pada zaman sebahagian guru-guru Al-Hakim atau selepasnya, dan dengan itu ianya tidak pernah sekalipun diguna pada seorangpun daripada kalangan para imam-imam hadith yang besar (Kibar Huffaz) dari kalangan Al-Mutaqaddimin ..."
sekian di kongsi, moga bermanfaat.
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 10:39 AM. Filed under
Soalan
.