Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah"


   Gambar: saya berdiskusi dan bersoal-jawab bersama guru yang mulia Syaikhuna al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, Syaikhul Hadith al-Iskandariah

|| Siri soalan Dr. Fathi al-Sakandary: Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah" || 

Pada akhir November 2014, saya telah bertanya kepada guru-guru saya para ulama hadith berkenaan hukum seseorang muslim menyebut "madad ya Rasulullah". Sebanyak 6 ulama hadith muktabar serata dunia ditanya dari timur tengah, ke afrika, india, hingga ke barat. 

Kesemuanya adalah para ahli hadith yang berdiri teguh atas manhaj mutaqaddimin, mereka ialah: 

1- Al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir). 

Beliau ialah muhaddith dan musnid besar Iskandariah, guru saya yang utama di Iskandariah, terkenal sebagai Syaikhul Hadith al-Iskandariah. Merupakan hafiz kutub sittah (hafiz keseluruhan matan dan sanad) dan juga hafiz kitab-kitab jarh dan ta'dil, pakar qiraat dan juga lughah bahasa 'arab. Saya mengikuti kelas-kelas beliau seawal di masjid al-Bukhari, 'Asafirah hingga ke Kilo 21 'Agamy, Bitash dan Nahdhah, daripada beliau saya menerima ijazah hadith serta meriwayatkan kitab-kitab hadith semisal kutub sittah, musalsalat dan lainnya. 

Beliau juga merupakan ahli persatuan Ansarus Sunnah Mesir, berguru dengan ramai ulama antaranya al-'Allamah Muhammad Najib, al-Syaikh Muhammad 'Ali 'Abdurrahim, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh Ahmad Syakir al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Salafi, al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl, al-Syaikh Nizaam Muhammad Soleh Ya'qubi dan ramai lagi. 

Beliau menulis banyak karya, antaranya karya berkaitan 'ilal hadith seperti Irsyad al-Salik Ila 'Ilal Ahadith Anas bin Malik, al-Ta'qib al-Hathith bi Bayan Aqsam 'Ilal al-Hadith, dan banyak lagi, juga karya berkaitan kajian ulum hadith seperti al-Iklil bi Bayan Ihtijaj al-Aimmah bi Riwayat al-Majahil, sebuah kitab besar menjelaskan manhaj huffaz Mutaqaddimin dalam menerima periwayatan para rawi majhul serta syarat-syaratnya yang ketat, juga al-Tasrih bi Dha'f Ahadith Solat al-Tasabih yang menjelaskan munkar dan dhaifnya kesemua riwayat berkait solat tasbih. 

Beliau juga menulis kitab al-Ta'qib al-Mutuni 'Ala al-Silsilah al-Dha'ifah li-l-Albani, sebuah kitab yang mengkritik ilmiah kesilapan-kesilapan penilaian hadith al-Syaikh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, dan juga kitab khas yang sepertinya mengkritik ilmiah penilaian hadith al-Albani untuk kitab Riyadhus salihin, dan lain-lain karya. 

2- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Abu Khalid Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat) 

Beliau adalah antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, berasal dari Iskandariah, Mesir kemudian berhijrah ke Minnesota, Amerika Syarikat dan membina pusat pengajian Islam di sana. Beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. Dari beliau juga saya merima ijazah hadith dan meriwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah, dan juga kutub sittah dan lainnya. 

Beliau berguru dengan ramai ulama semisal al-Syaikh Muhammad 'Abdul Humaid al-Iskandari, al-Syaikh Ihab Ahmad Fikri, al-Syaikh 'Abdullah Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh Muhammad Samir al-Dimashqi, al-Syaikh Mustafa 'Abbas al-Misri dan lainnya. 

Beliau menulis banyak karya antaranya Wasail al-Muwasalat wal Ahkam al-Fiqhiah al-Muta'allaqah Biha yang juga merupakan tesis PhD beliau, Syarah 'Umdatul Fiqh Ibn Qudamah, Muzakkirah Fi Ulum al-Hadith, Fatawa wa Rasail al-Syaikh 'Abdurrazzaq al-'Afifi, Athar al-Qiraat al-Arba'ah 'Ahsr fi Mabahith al-'Aqidah wa al-Fiqh dan lainnya karya. 

3- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah 'Abdullah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan) 

Beliau merupakan seorang ahli hadith dan muhaqqiq kelahiran Kerala, Malabar, India. Syaikhuna Hamzah al-Malibari mendapat pendidikan hadith di India, serta Pakistan, dan juga Universiti Islam Madinah (Arab Saudi) dalam bidang hadith, serta pernah menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir seterusnya menghabiskan tesis Master hadithnya di al-Azhar, kemudian melanjutkan PhD hadithnya di Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi. 

Beliau menulis banyak karya antaraya Nazarat Jadidah fi Ulum al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, 'Abqariah al-Imam Muslim Fi Tartib Ahadith Musnadah al-Sahih, sebuah kitab yang menjelaskan secara rinci manhaj al-Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, kitab ilmu 'ilal semisal al-Hadith al-Ma'lul Qawaid wa Dhawabith, Kaifa Nadrusu 'Ilm Takhrij al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan tatacara dan manhaj mentakhrij hadith, dan lainnya karya. 

4- Al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq)

Beliau adalah antara muhaddith serta muhaqqiq besar zaman kita, merupakan Syaikhul Hadith di Darul Hadith, Iraq. Juga merupakan ketua pensyarah jabatan hadith serta fiqh perbandingan mazhab di Universiti al-Annar, Iraq. Dari beliau saya menerima ijazah hadith dan meriwayatkan kutub sittah dan lainnya kitab. 

Beliau berguru dengan ramai guru, antaranya al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, al-Syaikh Thana' Allah al-Madini, al-Syaikh Hashim Jumail, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Dr. Basyar 'Awwad Ma'rouf, dan lainnya. 

Beliau menulis banyak karya, antaranya syarah al-Tabsirah wal al-Tazkirah (al-Iraqi), al-Jami' fi al-'Ilal wa al-Fawaid, yang mana ia adalah sebuah kitab ilmu 'ilal, tahqiq serta syarah Ma'rifat 'Anwaq 'Ilm al-Hadith (Ibn al-Solah), tahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Musnad al-Syafie, Syamail al-Nabi, Bulughul Maaram, dan lainnya.

5- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi) 

Beliau merupakan antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qassim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya. Beliau mempunyai ramai guru semisal al-Syaikh 'Abdullah bin Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, dan ramai lagi. 

6- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi)

Beliau merupakan antara ulama hadith senior bermanhaj mutaqaddimin di Arab saudi, kelahiran Buraidah. Mendapat PhD hadith pada tahun 1409H dengan tesis bertajuk "al-Tahqiq Fi Ahadith al-Ta'liq", beliau juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud cawangan al-Qassim. Antara buku karya beliau ialah: al-Jarh wa al-Ta'dil, serta al-Ittisal wa al-Inqitha', dan banyak lagi.

====

Soalku kepada mereka semua berbunyi:

السلام عليكم شيخنا الكريم، هل يجوز للمسلم أن يقول: المدد يا رسول الله؟ وإذا كان يصح ما هو الدليل؟ ثم هل ورد عن السلف الصالح من فعل ذلك؟ يوجد بعض الناس في بلدنا ماليزيا فعل ذلك.

Terjemahan: "Assalam 'alaikum guru kami yang mulia, adakah boleh bagi seorang muslim menyebut "madad ya Rasulallah"? Jika boleh apakah dalilnya? Adakah terdapat riwayat (yang Sahih) daripada Salafus Soleh yang melakukan sedemikian? Terdapat sebilangan orang di negara kami Malaysia melakukannya"

Maka mereka menjawab: 

1- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir), jawab beliau: 

"Tidak boleh sama sekali seseorang menyebut "madad ya Rasulallah", dan tidak boleh bagi seseorang untuk bertawassul kepada Nabi SAW selepas kematiannya, yang boleh ialah bertawassul dengan mereka yang masih hidup sebagaimana peristiwa istisqa satu kaum yang meminta kepada al-'Abbas, mereka tidak pergi kepada Nabi kerana baginda telah mati, sebaliknya kepada al-'Abbas yang hidup" 

** Saya juga bertanya kepada guru saya al-Syaikh Al-Alfy berkenaan riwayat Malik al-Daar, berkait peristiwa seorang lelaki pergi meminta kepada Nabi di kubur baginda, saya menunjukkan matan riwayat berserta sanad kepada Syaikhuna al-Alfy, maka beliau pun membaca sanadnya secara kuat di hadapan saya, kata Syaikhuna: 

"Telah menceritakan kami Abu Mu'awiyah daripada al-'Amash daripada Abi Soleh daripada Malik al-Daaar katanya..."...kemudian Syaikhuna al-Alfy diam seketika (3 saat) selepas membaca sanad, kemudian beliau bersuara kembali katanya "ya, ya Malik al-Daar baginya sedikit masalah, dia diperkatakan (iaitu dia dikritik)" 

Mendengar jawapan itu maka saya bertanya lagi, soal saya "bagaimanakah keadaan diri Malik al-Daar? Adakah dia Majhul?" Maka jawab Syaikhuna al-Alfy secara spontan, kata Syaikhuna: 

"Tidak, tidak, beliau bukan Majhul, sebahagian menilainya Thiqah, namun hadith ini bermasalah pada matan, nakarah matan, bercanggah dengan al-Quran dan usul aqidah". 

====

2- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat), jawab beliau:

وعليكم السلام، لا يجوز قول هذه العبارة وهي شرك بالله تعالى لأن المدد هو طلب الزيادة في الرزق والقوة فكلمة المدد يا رسول الله هي استعانة بالنبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته في شيء لا يقدر عليه وهي من دعاء غير الله وهذا شرك قال تعالى مخاطبا النبي عليه الصلاة والسلام ( قل لا أملك لنفسي نفعا ولا ضرا إلا ما شاء الله ) 
ولأن النبي عليه الصلاة والسلام يقول (الدعاء هو العبادة ) فمن دعا غير الله فقد أشرك وعليه أن يتوب إلى الله من ذلك 

ولم يحصل قط من السلف الصالح أن قالوا هذه العبارة ولا طلبوا شيئا من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته حتى إن الصحابة لما نقص المطر واحتاجوا الاستسقاء في عهد عمر طلبوا من العباس أن يصلي بهم الاستسقاء ويدعو لهم ولو كان يجوز الطلب من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته لما طلبوا من غيره

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, Tidak boleh mengucapkan ungkapan ini, dan ia ialah syirik dengan Allah, kerana al-madad ialah meminta tambahan pada rezeki dan kekuatan. Justeru, frasa “madad ya Rasulallah”, ia ialah memohon pertolongan dengan Nabi selepas kematiannya pada sesuatu yang dia tidak berkuasa ke atasnya, dan ia ialah berdoa kepada selain Allah, dan ini ialah syirik. Allah ta`ala berkata ditujukan kepada Nabi: «Katakan: Saya tidak memiliki untuk diri saya manfa`at dan tidak mudharat, melainkan apa yang Allah kehendaki». Dan kerana sesungguhnya Nabi berkata: «Doa itu ialah `ibadah». Maka sesiapa yang berdoa kepada selain Allah, maka sesungguhnya dia telah syirik, dan hendaklah dia bertaubat kepada Allah daripada kesalahan itu. 

Dan tidak didapati sedikit pun daripada salafus soleh yang menyebut ungkapan ini, dan tidak juga yang telah meminta apa-apa daripada Nabi selepas kematiannya, hinggakan sesungguhnya sahabat, apabila hujan berkurangan dan mereka perlu untuk meminta hujan pada zaman `Umar, mereka telah meminta kepada Al-`Abbas untuk bersolat istisqa’ bersama mereka, dan agar dia berdoa untuk mereka. Kalaulah boleh meminta kepada Nabi selepas kematiannya, mereka tentu tidak akan meminta kepada orang lain"

====

3- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan), jawab beliau:

المدد من الله تعالى فقط يا شيخ!

Terjemahan: "al-Madad hanyalah daripada Allah Ta'ala sahaja, wahai Syaikh!"

====

4- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq), jawab beliau:

وعليكم السلام ورحمة الله، لا يجوز ابدا

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, selamanya tidak boleh"

====

5- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، بل هذا من صور الشرك الأكبر، فالنبي ﷺ ميت، ودعاء الميت شرك، ولو كان الرسول يدعى من دون الله عند الشدائد لدعاه الصحابة عند الشدائد التي مرت بهم، وهي كثيرة.

والله أمرنا ألا ندعو إلا هو سبحانه، والنبي نفسه ما جاء إلا ليعلق الناس بالله وحده فقط. ولو كان هذا الفعل جائزا لأرشد الناس إليه أن يفعلوه بعد موته، خاصة وهم في المدينة، وبجانب القبر الشريف. والله المستعان على هذا الجهل العظيم.

Terjemahan: "Tidak boleh. Bahkan ini adalah satu bentuk daripada syirik besar, kerana Nabi sudah mati, dan doa kepada orang yang mati adalah syirik. Kalaulah Rasul boleh diseru – selain daripada Allah – ketika kesusahan, pasti para sahabat akan menyerunya ketika kesusahan yang banyak berlaku kepada mereka. 

Dan Allah telah menyuruh kita agar tidak menyeru melainkan kepada-Nya – Maha Suci Dia –, dan Nabi sendiri tidak datang melainkan untuk menghubungkan manusia dengan Allah semata-mata sahaja. Kalaulah perbuatan (menyeru Nabi) ini boleh, pasti Nabi akan menyampaikan kepada manusia agar melakukannya selepas kematiannya, khususnya kepada mereka di Madinah, dan yang berada di sekitar kuburnya yang mulia. Dan Allahlah tempat meminta pertolongan atas kejahilan yang besar ini"

====

6- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، هو من دعاء الأموات، ولكن من نشأ على هذا وظنه جائزا، أو أفتاه بذلك علماؤه فيعذر بهذا.

Terjemahan: "Tidak boleh berbuat sedemikian, kerana ia adalah perbuatan memohon kepada orang-orang mati. Akan tetapi jika seseorang melakukannya dan dia sangka ia boleh (kerana jahil) atau difatwakan kepadanya (oleh mufti jahil) bahawa ia boleh, kemudian dia pun melakukannya atas kejahilan, maka dalam kes ini dia dimaafkan"

====

Sekian, dikongsi. Moga bermanfaat.

Dr. Muhammad Fathi Ali al-Malizi al-Sakandary,
Camp Caesar, Iskandariah, Mesir,
Rabu, 4 Safar 1436H bersamaan 27 November 2014H.

| | Read More »

[Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl] Hukum solat qiam al-lail berjamaah, solat taubat serta solat tasbih




Gambar: Syaikhuna Maher yasin al-fahl di darul hadith, iraq



|| Syaikhuna al-Muhaddith Maher Yasin al-Fahl ||
Hukum solat qiam al-lail berjamaah, 
solat taubat serta solat tasbih 

Pada 10 Mac 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Muhaqqiq Dr. Abul Harith Mahir Yasin al-Fahl, syaikhul hadith di Darul Hadith Iraq, ketua pensyarah hadith dan fiqh muqaran (fiqh perbandingan mazhab) di universiti al-Anbar, Iraq. Pentahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Syamail al-Nabi, Musnad al-Syafie dan lainnya.

Soalku: 

شيخنا الجليل، هل صلاة قيام الليل تشرع فيها الجماعة ؟ و هل يجوز ان يصلي الرجل مع اهله جماعة في المنزل ؟

Terhemahan: "Wahai guru kami yang mulia tinggi, adakah solat qiam al-lail itu disyariatkan baginya berjamaah? Dan adakah boleh seseorang lelaki bersolat qiam bersama keluarganya (isteri dan anak-anak) secara berjamaah di rumah?"

Maka jawab Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl:

نعم تشرع قيام الليل في جماعة ولكن ليس دائما أما الفروض الخمسة ﻻ بد من صلاتها في المسجد

Terjemahan: "Ya, disyariatkan melakukan solat qiam al-lail secara berjamaah akan tetapi tidaklah selalu, manakala solat fadhu wajib yang lima tidak dapat tidak mestilah yang bersolat itu di masjid"

Mendapat jawpapan beliau ini, maka balasku kepada Syaikhuna Maher: 

اسال الله ان يغفر لكم ويرزقكم الجنة، بارك الله فيكم يا شيخنا

Terjemahan: "Daku memohon kepada Allah agar memberimu keampunan dan memberimu rezqi syurga, moga Allah memberkatimu wahai guru kami" 

Maka balas Syaikhuna Abul Harith al-Fahl: 

حفظكم الله

Terjemahan: "Moga Allah memeliharamu" 

Kemudian daku meneruskan diskusi bersama Syaikhuna Maher seraya bertanya lagi, soalku:

شيخنا لو سمحتم، ما حكم صلاة التوبة وما صحة الدليل الذي ورد في ذلك؟

Terjemahan: "Wahau guru kami, pohon izin lagi, apakah pula hukum solat taubat? Dan adakah Sahih dalil yang datang berkenaannya?"

Maka jawab Syaikhuna Maher Abul Harith:

الصلاة يهرع لها في كل نازلة ومنها الذنب،  وتخصيص الحديث ضعيف لكن الصلاة مأمور بها بكل مكروه

Terjemahan: "Solat, digesa melakukannya pada setiap musibah, dan antara musibah itu ialah melakukan dosa. Dan pengkhususan (yang disebut berkenaan solat taubat dalam) hadith itu adalah Dha`if. Walau bagaimanapun, solat itu sendiri adalah diperintahkan untuk melakukannya pada setiap kejadian yang dibenci (iaitu musibah)"

Mendapat jawapan Syaikhuna Maher ini, maka daku meneruskan lagi diskusi seraya bertanya lagi: 

احسن الله اليكم شيخنا، وما رايكم بصلاة تسابيح؟ قال بعض انه لا يشرع والحديث فيه باطل

Terjemahan: "Moga Allah melimpahkan kebaikan kepadamu wahai guru kami, apakah pendapat kamu berkenaan solat tasbih? Kata sesetengah ahli ilmu ianya tidak disyariatkan dan hadithnya Batil"

Maka jawab Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl:

لا نصليها والحديث منكر

Terjemahan: "Tidak mengamalkannya, dan hadithnya Munkar" 

Maka daku menutup diskusi ku pada petang itu dengan berkata: 

احسن الله اليكم شيخنا، وبارك الله فيكم

Terjemahan: "Moga Allah melimpahkan kebaikan buatmu wahai guru kami, serta moga Allah memberkatimu"


~ Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

[Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy] Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)


Gambar hiasan

Soalku kepada Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 
Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)

Pada 30 Januari 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Musnid Dr. Waleed Idris al-Sakandary al-Meneesy, antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. 

Dari beliau juga saya riwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah. 

Soalku: 

"Syaikhuna al-Karim, adakah benar wujud periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith zaman berzaman sejak Salaf?" 

Maka jawab Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 

لا لا يوجد إنما هي من خزعبلات الصوفية...وإسنادها مكذوب

Terjemahan: "Tidak, tidak wujud, ianya adalah rekaan karut sufi...dan sanadnya adalah palsu dusta" 

Saya juga bertanya hal yang sama kepada Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl, Syaikhuna 'Umar al-Muqbil serta Syaikhuna Muhammad al-Amien, kesemua mereka tidak mengetahui wujudnya amalan periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith, khusus imam-imam salaf mutaqaddimin, berbeza dengan musalsalat seperti musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil dimashqiyyin, musalsal bil misriyyin, musalsal bil jutha' 'alal rukbatain dan lainnya yang maklum diketahui mereka yang melazimi sama' hadith. 


~ Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

[Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy] Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)

Gambar hiasan




|| Soalku kepada Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban) || 

Pada 30 Januari 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Musnid Dr. Waleed Idris al-Sakandary al-Meneesy, antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. 

Dari beliau juga saya riwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah. 

Soalku: 

"Syaikhuna al-Karim, adakah benar wujud periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith zaman berzaman sejak Salaf?" 

Maka jawab Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 

لا لا يوجد إنما هي من خزعبلات الصوفية...وإسنادها مكذوب

Terjemahan: "Tidak, tidak wujud, ianya adalah rekaan karut sufi...dan sanadnya adalah palsu dusta" 

Saya juga bertanya hal yang sama kepada Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl, Syaikhuna 'Umar al-Muqbil serta Syaikhuna Muhammad al-Amien, kesemua mereka tidak mengetahui wujudnya amalan periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith, khusus imam-imam salaf mutaqaddimin, berbeza dengan musalsalat seperti musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil dimashqiyyin, musalsal bil misriyyin, musalsal bil jutha' 'alal rukbatain dan lainnya yang maklum diketahui mereka yang melazimi sama' hadith. 


~ Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

[Syaikhuna 'Umar al-Muqbil] Surah al-Kahfi pada hari Jumaat



 
Gambar:  Syaikhuna 'Umar al-Muqbil dalam salah satu kuliah dalam TV Arab Saudi


[Syaikhuna 'Umar al-Muqbil] Surah al-Kahfi pada hari Jumaat


Berkata Abu Ismail: daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith 'Umar bin 'Abdullah bin Muhammad al-Muqbil, antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qasim, Arab Saudi, soalku

شيخنا الكريم، ظهر لي من دراستي انه لايوجد أي حديث صحيح أو ثابت عن فضل قراءة سورة الكهف يوم الجمعة، فكل الأحاديث إما معلولة أو ضعيفة و الزيادة ( يوم الجمعة ) منكر، وقال الشيخ د. سعيد صالح الرغيب : "لا صحة لتخصيص قراءة سوره الكهف يوم الجمعه أو ليلتها، و الترغيب في قراءة الكهف من غير تخصيص بزمان أو مكان"، فهل هذا الكلام صحيح ؟ وهذا بحث من الشيخ د. سعيد بن صالح الرقيب :
http://elibrary.mediu.edu.my/books/SDL1138.pdf
بارك الله فيكم ونفع بكم

Terjemahan: "guru kami yang mulia, telah jelas bagiku dari kajianku, sesungguhnya tidak wujud apa-apa hadith Sahih atau Thabit berkenaan fadhilat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, kesemua hadith-hadith adalah cacat atau dhaif, dan tambahan lafaz (hari Jumaat) adalah Munkar,

Dan berkata Dr. Said Solah al-Raghib: "tidaklah sahih akan hadith pengkhususan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat ataupun malamnya, dan galakan membaca surah al-Kahfi dalam riwayat yang Sahih adalah tanpa pengkhususan waktu serta tempat", adakah kalam ini betul? Ini pula adalah link kajian al-Syaikh Dr. Said Solah al-Raghib: http://elibrary.mediu.edu.my/books/SDL1138.pdf"

Maka jawab Syaikhuna 'Umar al-Muqbil:

الذي يترجح لي قول ما ذكر الباحث، والله أعلم

Terjemahan: "apa yang jelas rajih (kuat) bagiku, adalah seperti yang disebutkan dalam kajian - Dr. Said Solah al-Raghib tersebut -, Allah Maha Mengetahui"


Gambar kitab: Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih
 karya Syaikhuna Dr. 'Umar al-Muqbil


Kemudian daku membalas jawapan Syaikhuna Dr. 'Umar al-Muqbil itu dengan bertanya:

لتأكيد يا شيخنا، يعني الحديث ضعيف؟


Terjemahan: "sebagai kepastian wahai guru kami, yakni hadith itu Dha'if?"


Maka jawab Syaikhuna 'Umar al-Muqbil:

نعم ضعيف بهذه الزيادة

Terjemahan: "ya, Dha'if dengan tambahan lafaz (Jumaat) ini"




~ Fathi al-Sakandary / Iskandariah / Mesir ~

| | Read More »

[Syaikhuna Dr. Mahir Yasin al-Fahl] Status Hadith Kewajipan Menuntut Ilmu



Gambar: Syaikhuna Dr.Mahir Yasin sedang mengajar di Darul Hadith, Iraq. 

[Syaikhuna Dr. Mahir Yasin al-Fahl] Status Hadith Kewajipan Menuntut Ilmu 



Berkata Abu Ismail: pada 15/3/2009, jam 3:49 pagi, saya bertanya kepada guru kami Tabib al-'Ilal, Syaikhuna al-Muhaddith al-Muhaqqiq Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl al-Anbari al-Heiti berkenaan hadith kewajipan menuntut ilmu, soalku kepada Syaikhuna Mahir:

ما هي درجة حديث (طلب العلم فريضة على كل مسلم)؟

Terjemahan: apakah status hadith - maksudnya: "menuntut ilmu fardhu(wajib) bagi semua muslim"?

Maka pada tarikh yang sama 15/3/2009, jam 10:45 pagi, Syaikhuna Dr. Mahir menjawab, kata Syaikhuna:


حديث ضعيف راجع تعليقنا على كتاب شرح التبصرة والتذكرة

Terjemahan: hadith Dha'if, rujuk komentar kami ke atas kitab Syarah al-Tabsirah wa al-Tazkirah (untuk penjelasan terperinci).



Sekian, dikongsi, moga bermanfaat.

~ Abu Ismail Fathi al-Sakandary / Iskandariah / Mesir ~

| | Read More »

[Syaikhuna Dr. Mahir al-Fahl] Surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Gambar: Syaikhuna Mahir Yasin al-Fahl di Darul Hadith, Iraq. 

[Syaikhuna Dr. Mahir al-Fahl] Surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Saya telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl berkenaan hadith fadhilat surah al-Kahfi pada hari Jumaat, soalku: 



ظهر لي من دراستي انه لايوجد أي حديث صحيح أو ثابت عن فضل قراءة سورة الكهف يوم الجمعة، فكل الأحاديث إما معلولة أو ضعيفة و الزيادة ( يوم الجمعة ) منكر، فهل هذا الكلام صحيح ؟

بارك الله فيكم ونفع بكم


Terjemahan: 

"Telah jelas bagiku dari kajianku, sesungguhnya tidak wujud apa-apa hadith Sahih atau Thabit berkenaan fadhilat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, kesemua hadith-hadith adalah cacat atau dhaif, dan tambahan lafaz (hari Jumaat) adalah Munkar, adakah kalam ini betul?"

Maka jawab Syaikhuna Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl: 


نعم الحديث ضعيف



Terjemahan:

"Ya benar, hadith itu Dha'if"


~ Fathi al-Sakandary / 25 Mei 2013 / Iskandariah / Mesir ~

| | Read More »

[Syaikhuna Dr. Mahir Al-Fahl] Manhaj Al-Bukhari dlm Hadith Fadhail yang Dhaif

Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl
dalam salah satu pembentangan Daurah Ilmiah beliau
di Darul Hadith Iraq




Pada 16 Oktober 2010 yang lalu saya telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna Al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin Al-Fahl - hafizahullah- berkenaan kenapa wujudnya hadith-hadith dhaif dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad, dan juga manhaj Imam Al-Bukhari dalam hadith dhaif berkenaan fadhail.

------------------ Soalan saya:

From: fathi ali1427h
To: Dr. Maher Al Fahl
Subject: الأدب المفرد
Date: Sat, 16 Oct 2010 18:09:44 +0200

الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
وبعد
إلى شيخنا الكريم / حفظك الله
وقد قال الشيخ جمال الدين القاسمي (شيخ للشيخ أحمد محمد شاكر) إن الإمام البخاري كان ممن يرفضون الحديث الضعيف مطلقا. لكن، لماذا أخرج البخاري أحاديث ضعيفة في كتابه الأدب المفرد؟ علما بأن البخاري لا يشترط الصحيح فيه كما في صحيح البخاري، لكن ما المراد بإخراجه الأحاديث الضعيفة في الأدب المفرد، شواهدا كان أو متابعات أو اعتبارا؟ وما هو المنهج الصحيح للإمام البخاري في التعامل مع الأحاديث الضعيفة

أرجو المساعده

Terjemahan :

"Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada Saidina Rasulullah SAW, wa ba'd,

Kehadapan Syaikh kami yang mulia / Dr. Mahir Yasin / hafizakallah,

Berkata Guru Syaikh Ahmad Muhammad Syakir(rhm) yakni Syaikh Jamaluddin al-Qasimi(rhm) - sesungguhnya Al-Imam Al-Bukhari (rhm) adalah salah seorang tokoh yang menolak hadith dha'if secara mutlak. Persoalannya mengapa Al-Imam Al-Bukhari turut memasukkan hadith-hadith yang dha'if dalam kitab beliau Al-Adab al-Mufrad? Maklum, memang beliau tidak meletakkan syarat sahih sebagaimana Sahih Al-Bukhari tetapi apakah yang dikehendaki oleh Al-Imam Al-Bukhari(rhm) dengan memasukkan hadith2 dha'if dalam Al-Adab Al-Mufrad? Sebagai syahid, mutaba'at dan i'tibar kah?Atau bagaimana sebenarnya manhaj Al-Imam Al-Bukhari dalam berinteraksi dengan hadith-hadith dha'if?

Pohon bantuan (iaitu penjelasan -pent)
Moga Allah memberkati kamu semua"


-------------- jawapan Syaikhuna Dr. Mahir:

Jawab Syaikhuna Dr. Mahir Yasin Al-Fahl:


From: Dr. Maher Al Fahl
To: fathi ali1427h
Subject: RE: الأدب المفرد
Date: Sat, 16 Oct 2010 20:34:26 +0300


 حبيب قلبي : ما ذكر عن الإمام البخاري من رفضه الأحاديث الضعيفة غير صحيح ، وأخذ بسبب تشدد البخاري في شروط الصحيح في جامعه الصحيح ، أما عن تخريجه للأحاديث في الأدب المفرد فهذا منهجه ومنهج أهل العلم قاطبة 
الترخص في الضعيف في الفضائل


Terjemahan Bebas:

"Kepada yang ku cintai di hati ku: (ketahuilah -pent) apa yang di dakwa (sesetengah pihak -pent) berkenaan Al-Imam Al-Bukhari bahawa beliau merupakan seorang yang menolak hadith-hadith dhaif (secara mutlak, termasuk dalam hal-hal fadhail - pent) adalah tidak benar, (ketahuilah bahawa mereka - pent) mengambil pandangan sedemikian adalah di sebab kan (apa yang mereka dapat lihat akan - pent) ketatnya Al-Imam Al-Bukhari dalam syarat-syarat hadith Sahih dalam kitab Jami' nya Al-Sahih (iaitu Sahih Al-Bukhari - pent) , adapun berkenaan takhrij hadith-hadith (pengeluaran hadith, iaitu hadith yang di masukkan -pent) beliau dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad inilah manhaj beliau (yang sebenar -pent) dan juga manhaj Ahli Ilmu (iaitu para Huffaz Al-Mutaqaddimin - pent) seluruhnya, mereka ringan dalam (beramal -pent) dengan hadith-hadith dhaif dalam bab fadhail"

Sekian di kongsi, moga bermanfaat.
Al-Akh / Abu Ismaaeel
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
8.43 p.m , 9 Zul Qaedah 1431H




| | Read More »

[Syaikhuna Abu Hasf al-Musnady] Solat Tarawih 9 Rak'at 1 Salam











Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali al-Maliziy al-Sakandary: saya telah bertanya kepada salah seorang guru saya di Qaherah , Syaikhuna al-Muhaddith Abu Hasf al-Musnady Muhammad bin Kamil al-Athary (dan beliau antara yang pernah memberi ijazah umum hadith kepada saya: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/ijazah-periwayatan-dari-syaikhana-abu.html ) berkenaan pendapat beliau tentang solat tarawih 9 rak'at dengan 1 salam. 

Soal saya kepada beliau: 

From: fathi_ali1427h
To: abu_hasf
Subject: صلاة التراويح : فهل لهذا العمل أصل عن أحد من السلف الصالح؟
Date: Thu, 18 Aug 2011 13:40:11 +0200



الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
وبعد

السلام عليكم‏
شيخنا الكريم / حفظك الله

بعض الناس في صلاة التراويح يجمعون تِسْعَة ركعات في تسليمةٍ واحدة ويدّعون بأن ذلك من السنة فهل لهذا العمل أصل عن أحد من السلف الصالح؟ واستدلوا بأحاديث صلاة الوتر كأنها صلاة التراويح بلا فرق , كلها نظرا الى حديث عائشة في صفة صلاة الوتر

جزاكم الله خيرا
بارك الله فيكم


Terjemahan: 


Alhamdulillah wassola tuwassalam 'ala Saidina Rasulillah SAW, wa ba'd


Assalamu'alaikum, 


kepada syaikhana al-karim (guru kami yang mulia) - moga Allah memelihara kamu- 


Sebahagian manusia, dalam hal solat Tarawih, mereka menghimpunkan 9 rakaat dengan 1 salam dan mereka mendakwa ia sebahagian daripada As-Sunnah. Apakah perbuatan ini mempunyai asalnya dari salah seorang dari Al-Salaf Al-Soleh?


Mereka berdalilkan hadith-hadith solat Witir, seolah-olah solat Witir itulah solat Tarawih tanpa ada sebarang perbezaan. Mereka mengatakan kesemua solat-solat (tahajjud, tarawih, witir) itu adalah solat Qiam semuanya, melihat kepada hadith Aishah berkenaan sifat solat Witir.


Jazakumullah hu khairan, Barakallah hu fekum


------------ Jawapan al-Syaikh: 


وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 
ليس لهذا أصل في السنة وإنما السنة صلاة التراويح مثنى مثني فأصل الصلاة قد فرض مثنى مثنى ثم نسخ الحكم وبقيت في السفر . ولقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((صلاة الليل مثنى مثنى))
وفعل النبي صلى الله عليه وسلم يدل على ذلك ولما ثبت عن عائشة رضي الله عنها قالت: (كان النبي صلى الله عليه وسلم يصلي من الليل إحدى عشرة ركعة يسلم من كل اثنتين ويوتر بواحدة) ولا يقاس الوتر علي القيام . ناهيك أن هذا ربما يضر بالناس بطول الصلاة المتتابعة بدون إستراحة وقد قال الله لا يكلف الله نفسا إلإ وسعها والله أعلم






Terjemahan: 


Tiada ada asalnya perbuatan ini dari Al-Sunnah. Yang sunnahnya solat Tarawih dilakukan Mathna Mathna - 2 rakaat - kerana pada asalnya solat jenis itu difardhukan Mathna Mathna - 2 rakaat- kemudian hukum ini dimansuhkan dan dikekalkan ketika Safar (perjalanan).

Mengikut sabda Nabi s.a.w; ((Solat malam itu Mathna Mathna)). Dan perbuatan Nabi s.a.w itu menjadi bukti. Dan apa yang thabit dari Aisyah r.a; ((Nabi s.a.w. pernah bersolat malam sebanyak 11 rakaat, dia memberi salam setiap 2 rakaat dan berwitir 1 rakaat)), maka tidak diqiaskan Witir dengan Qiaam.

Saya melarang anda dari melakukan perkara ini. Mungkin perbuatan sebegini memudharatkan manusia dengan sebab panjangnya solat secara berturut-turut tanpa rehat, dan Allah telah berfirman; ((Allah tidak mewajibkan atas seseorang itu melainkan apa yang dia mampu melakukannya)). Allah hu a'lam.









sekian di kongsi, moga bermanfaat.

Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
18 Ramadhan 1432H
Iskandariah, Mesir


| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign