Penjelasan Status Hadith: Doa Khusus Malam al-Qadr
|| Penjelasan Status Hadith: Doa Khusus Malam al-Qadr ||
Tiada hadith Sahih berkenaan doa khusus pada malam al-qadr, adapun hadith 'Aishah yang masyhur berbunyi (Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul-'afwa, fa'fu 'anni) maka ia Dha'if, cacat isnad dan matan.
Baginya sekurang-kurang 2 penyakit:
1- Pertama cacat isnad: putusnya isnad antara 'Abdullah bin Buraidah dan 'Aishah, demikian sebagaimana fatwa para huffaz semisal al-Nasaie, al-Daraquthni, al-Baihaqi dan lainnya. Hadith yang putus isnad adalah Dha'if kerana telah hilang satu syarat utama hadith Sahih.
2- Kedua cacat matan hadith: ia menyebut apabila seseorang mengetahui atau mendapati malam al-qadr, maka apakah yang perlu dibaca? Ini tidak mungkin, kerana tiada tanda-tanda malam al-qadr yang sahih sebelum atau ketika ia berlaku, yang sahih hanya tanda selepas ia telah berlalu, maka mana mungkin seseorang tahu dia sedang berada dalam malam al-qadr untuk membaca doa ini? [Nota: telah saya jelaskan secara rinci hadith-hadith berkait tanda malam al-qadr dalam risalah saya bertajuk: Tanda malam al-qadr dari hadith yang sahih - http:// ansarul-hadis.blogspot.com/ 2013/07/ tanda-malam-al-qadr-dari-hadith -yang.html]
Selain huffaz Salaf semisal al-Nasaei, al-Daraquthni, al-Baihaqi, antara ulama hadith masa kini yang turut menDha'ifkan hadith ini ialah guru-guru kami Syaikhuna Thariq 'Iwadullah, Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl kedua mereka dalam tahqiq mereka atas Bulughul Maaram, Syaikhuna al-Tharifi dalam kuliahnya berkenaan hadith-hadith cacat berkait puasa, serta Syaikhuna Basyar 'Awwad Ma'ruf dalam al-Musnad al-Musannaf al-Mua'allal, begitu juga al-Syaikh Muqbil Hadi al-Wadie.
Saya Abu Ismail berkata: walaupun hadith ini Dha'if, ia boleh diamalkan kerana ia hanya doa, dan tidak bersangkut hukum, serta intipati doanya tidak bercanggah dengan usul agama, kerana itu dalam sebahagian naskah al-Jami' al-Mukhtasar, al-Tirmizi menyebut hadith ini "Hasan Sahih" iaitu eloknya matan doa ini dan boleh diamalkan. Bahkan doa ini boleh dibaca pada bila-bila waktu, baik dalam bulan Ramadhan atau luar Ramadhan, dalam solat atau luar solat.
~ Fathi al-Sakandary ~
Baginya sekurang-kurang 2 penyakit:
1- Pertama cacat isnad: putusnya isnad antara 'Abdullah bin Buraidah dan 'Aishah, demikian sebagaimana fatwa para huffaz semisal al-Nasaie, al-Daraquthni, al-Baihaqi dan lainnya. Hadith yang putus isnad adalah Dha'if kerana telah hilang satu syarat utama hadith Sahih.
2- Kedua cacat matan hadith: ia menyebut apabila seseorang mengetahui atau mendapati malam al-qadr, maka apakah yang perlu dibaca? Ini tidak mungkin, kerana tiada tanda-tanda malam al-qadr yang sahih sebelum atau ketika ia berlaku, yang sahih hanya tanda selepas ia telah berlalu, maka mana mungkin seseorang tahu dia sedang berada dalam malam al-qadr untuk membaca doa ini? [Nota: telah saya jelaskan secara rinci hadith-hadith berkait tanda malam al-qadr dalam risalah saya bertajuk: Tanda malam al-qadr dari hadith yang sahih - http://
Selain huffaz Salaf semisal al-Nasaei, al-Daraquthni, al-Baihaqi, antara ulama hadith masa kini yang turut menDha'ifkan hadith ini ialah guru-guru kami Syaikhuna Thariq 'Iwadullah, Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl kedua mereka dalam tahqiq mereka atas Bulughul Maaram, Syaikhuna al-Tharifi dalam kuliahnya berkenaan hadith-hadith cacat berkait puasa, serta Syaikhuna Basyar 'Awwad Ma'ruf dalam al-Musnad al-Musannaf al-Mua'allal, begitu juga al-Syaikh Muqbil Hadi al-Wadie.
Saya Abu Ismail berkata: walaupun hadith ini Dha'if, ia boleh diamalkan kerana ia hanya doa, dan tidak bersangkut hukum, serta intipati doanya tidak bercanggah dengan usul agama, kerana itu dalam sebahagian naskah al-Jami' al-Mukhtasar, al-Tirmizi menyebut hadith ini "Hasan Sahih" iaitu eloknya matan doa ini dan boleh diamalkan. Bahkan doa ini boleh dibaca pada bila-bila waktu, baik dalam bulan Ramadhan atau luar Ramadhan, dalam solat atau luar solat.
~ Fathi al-Sakandary ~
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 3:48 PM. Filed under
Takhrij
.
MasyaAllah. tkasih pencerahan. Ana tetap amalkan doa ini.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.