Wahai Tuhan, jadikanlah negara ini negara yang sejahtera






Terjemahan tulisan pada bas awam: Wahai Tuhan, jadikanlah negara ini negara yang sejahtera ~ Mesir ~ 

                        Gambar diambil pada 22 Jun 2011, 2:30 petang waktu Iskandariah




| | Read More »

Gambar sekitar al-Nadwah al-`Aamah






Gambar sekitar al-Nadwah al-`Aamah bersama syaikhuna Yasir Burhamiy & Syaikhuna Ehab al-Syarif

Tajuk pembentangan syaikh Yasir Burhami malam ni: al-Siraq baina al-Haq wa al-Batil (pertempuran antara yg hak dan batil)

Tajuk pembentangan syaikh Ehab al-Syarif: al-`Ubudiyah Thariq al-Nasr (Ubudiyah Jalan menuju kejayaan)
Lokasi Nadwah: Masjid Malik al-Mulk , Samouha, Iskandariah (berhampiran dengan Jambatan Ibrahimieya, syari' Abu Qir)

Waktu / Tarikh: selepas solat maghrib / 17 Jun 2011


* maaf jika gambar low kualiti, tangkap guna hanset saja


Kanan gambar (muda): syaikhuna Ehab al-Syarif 
Kiri gambar (tua): syaikhuna Yasir Burhamiy




















| | Read More »

Penjelasan status hadith: Yasin jantung al-Qur'an



Hadith yang popular: 

إن لكل شيء قلبا وقلب القرآن يس ومن قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القرآن عشر مرات

Terjemahan: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai jantung dan jantung al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahala baginya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali" 

Status: 

Palsu. Dinilai palsu oleh para huffaz Salaf semisal Imam Ahmad bin Hanbal (241H) dan Imam Abu Hatim al-Razi (277H)

Kata Imam Ahmad: "haza kalam maudhu' (hadith ini palsu)" [al-Muntakhab min al-Ilal, 50]

Kata Imam Abu Hatim: "hadith batil la asla lah (hadith batil tiada asal)" [al-Ilal, 1652] 


Berkata Abu Ismaaeel: sejak sekian lama bertahun-tahun aku menyangka hadith ini hanyalah Dha'if kerana padanya perawi yang majhul dan dha'if, penilaian dha'if ku ini hanyalah berdasarkan zahir sanad untuk hadith ini semata. 

Namun semasa aku membelek-belek kitab-kitab `Ilal semisal al-`Ilal Ibn Abi Hatim dan al-Muntakhab min al-`Ilal al-Khallal, maka aku berjumpa dengan penilaian para huffaz hadith yang pakar-pakar dalam ilmu `ilal semisal Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hatim barulah aku mengetahui bahawa rupa-rupanya hadith ini adalah batil palsu!! Benarlah ilmu mengenal sahih dan dha'if hadith ini adalah satu ilmu yang sangat rumit. 


Nota Abu Ismaael: 


1- Istilah Maudhu' dan Batil adalah seerti iaitu bermaksud Palsu

2- La Asla Lah (Tiada Asal Padanya) atau Laisa Lahu Isnad (Tiada Isnad Padanya): kedua-dua kenyataan ini adalah seerti, dan ia bukanlah bermaksud sesuatu hadith itu tidak mempunyai sanad langsung, tetapi maksudnya ialah hadith itu tidak mempunyai sanad yang kuat walaupun satu yang boleh dibuat hujah, iaitu kesemua sanadnya tertolak belaka. 




Sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali.
25 Jun 2011
Iskandariah, Mesir


| | Read More »

Jemputan Liqa' Sanawi AFN 2011


Ansarul-Hadis menjemput para sahabat untuk menghadiri Liqa' Sanawi AFN 2011, semua dijemput hadir. Butiran program seperti dalam pamplet.



| | Read More »

[al-Uthaimin] Apakah hukum menyebut 'al-Marhum'?



Gambar: al-Marhum Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin


Pertanyaan:

Apa hukum perkataan si fulan “al-maghfur lahu" atau si fulan "al-marhum”?

Jawab Syaikh al-Uthaimin:

Sebahagian manusia mengingkari perkataan-perkataan ini dengan mengatakan bahawa kita tidak mengetahui adakah si mayat termasuk mereka yang dirahmati dan diampuni atau bukan? Pengingkaran ini mungkin boleh jadi benar jika orang yang berkata dengan perkataan ini berkata dengan maksud (iaitu dengan niat) mengkhabarkan bahawa si mayat telah dirahmati dan diampuni, kerana kita tidak boleh mengkhabarkan bahwa si mayat telah dirahmati atau diampuni tanpa ilmu. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta agar dipertanggungjawabkan.” (Al-Israa’: 36)

-Namun- manusia-manusia yang berkata dengan ungkapan ini tidak bermaksud demikian. Manusia-manusia yang menyebut almarhum atau almarhumah mereka bermaksud (iaitu berniat sebagai) berdoa kepada Allah agar Allah memberi rahmat. Kerana itu kita berkata, fulan "rahimahullah“, atau fulan "ghafarallahu lahu“. Kedua perkataan ini tiada perbezaan dengan perkataan si fulan "almarhum” kerana kalimah "almarhum” dan “rahimahullah” keduanya boleh membawa maksud kalimah khabariyah (pengkhabaran) atau boleh menjadi kalimah doa, semua bergantung kepada niat. Maka, mereka-mereka yang melarang penggunaan “almarhum” sepatutnya harus juga melarang perkataan si fulan "rahimahullah“ (kerana kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama saja).

‘Ala kulli hal - secara keseluruhannya- , kita katakan tiada pengingkaran - yang khusus- dalam menyebut perkataan ini, kerana kita bukan berniat bermaksud memberi khabar - yang pasti, melainkan - kita hanya berniat berdoa - meminta dan berharap kepada Allah.

Rujukan: Al-Manahil Lafziyah,Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin,Muasasah Al-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin dan Maktabah Sunnah,Qaherah, Mesir.

Sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Malizy al-Sakandary




| | Read More »

[Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan] Apakah itu Salafi?



Berikut dikongsikan penjelasan yang ringkas tetapi padat dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkenaan apakah itu Salafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah, satu penjelasan yang 'wajib' dibaca semua dan disebar-sebarkan. Moga kekeliruan yang menghantui perkataan 'Salafi' itu terjawab. 


Tajuk buku: Siri Bacaan Akidah - Memahami Salaf, Salafi, dan Ahlu Sunnah wal Jamaah

Penulis: Bahagian Penyelidikan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Penerbit: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur,Malaysia, 2010M



N.B: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas (zoom).








| | Read More »

[Siri 2] Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary: Ralat pada nama perawi yang dinukilkan syaikh al-Albani - rahimahullah -


Gambar: Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah


[Siri 2] Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary: Ralat pada nama perawi yang dinukilkan syaikh al-Albani - rahimahullah -

Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd

Matan hadith yang berbunyi: 

نوم الصائم عبادة ونفسه تسبيح ودعاؤه مستجاب

Terjemahan: Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah, dan nafasnya adalah tasbih, dan doanya adalah mustajab

Status: Hadith ini dhaif, dan syaikh al-Albani antara pengkaji yang turut menilainya dhaif. 

Salah satu penyakit hadith ini ialah perawi yang bernama: Abu Taybah. 

Kata Imam Yahya ibn Ma’in tentangnya: 

أبو طيبة ضعيف – Abu Taybah, dia dhaif”


Telah berkata syaikh al-Albani - rahimahullah - :


أبو طيبة : اسمه عبد الله بن مسلم المروزي : ضعيف

Terjemahan: Abu Taybah, namanya ialah `Abdullah bin Muslim al-Marwazi, dia seorang yang dhaif

Rujuk: Silsilah Al-Dhaifah (no. 4696)


Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary :

Syaikh Al-Albani sebagaimana dalam Silsilah Al-Dhaifah (no. 4696) diatas, menyatakan bahawa nama Abu Taybah dalam sanad ini ialah Abdullah bin Muslim Al-Marwazi dan dakwaan syaikh Al-Albani ini padanya keraguan, tidak tepat (fihi nazor) dan saya berpendapat syaikh Al-Albani - moga Allah merahmati beliau - telah tersilap, kerana Abdullah bin Muslim Al-Marwazi bukanlah ma’ruf meriwayatkan hadith dari Kurz bin Wabroh, akan tetapi yang benar dan tepat namanya ialah Isa bin Sulaiman Al-Darimi Al-Jurjani, kerana dia lah yang ma’ruf dan dikenali meriwayatkan hadith dari Kurz bin Wabroh. 

Buktinya, kata Imam Ibn ‘Adiy : “عن أبي طيبة عن كرز بن وبرة الحارثي عن الربيع بن خثيم عن عبد الله بن مسعود - dari Abu Taybah dari Kurz bin Wabroh Al-Harithi dari Al-Rabi’ bin Khathim (atau Al-Khaitham) dari ‘Abdullah bin Mas’ud” (rujuk: Al-Kamil fi Al-Dhu’afa, tarjamah Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Jurjani, rawi no. 1403, 5/257, bahkan Imam Ibn ‘Adiy menyebutkan banyak riwayat Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman dari Kurz bin Wabroh dalam Al-Kamil). 

Bahkan kata Imam Al-Jurjani:“أبو طيبة عيسى بن سليمان الدارمي الجرجاني كان من العلماء والزهاد روى عن كرز بن وبرة – Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Darimi Al-Jurjani merupakan kalangan ‘ulama dan merupakan daripada kalangan orang-orang zuhud, dia meriwayatkan hadith dari Kurz bin Wabroh” (rujuk: Tarikh Jurjan, tarjamah Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Jurjani, rawi no. 492, 1/285), kata Imam Al-Jurjani lagi: ” أبو عبد الله كرز بن وبرة الحارثي... روى عنه أبو  طيبة عيسى بن  سليمان الدارمي الجرجاني –Abu ‘Abdillah Kurz bin Wabroh Al-Harithi…meriwayatkan daripadanya hadith oleh Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Darimi Al-Jurjani” (rujuk: Tarikh Jurjan, Tarjamah Abu ‘Abdillah Kurz bin Wabroh Al-Harithi , rawi no. 618, 1/336).

Juga kata Imam Al-Zahabi: “كرز بن وبرة الحارثي... حدث عنه أبو طيبة عيسى بن سليمان الدارمي - Kurz bin Wabroh Al-Harithi… meriwayatkan daripadanya Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Darimi” (rujuk: Siyar ‘Alam Al-Nubala’, Tarjamah Abu ‘Abdillah Kurz bin Wabroh Al-Harithi, rawi no. 20). Berdasarkan penjelasan dalam kitab-kitab rijal diatas, maka jelaslah bahawa yang tepat dan terpelihara Abu Taybah dalam sanad ini ialah Abu Taybah ‘Isa bin Sulaiman Al-Darimi Al-Jurjani, inilah yang benar. 

# Kritikan ilmiah ini pada asalnya saya muatkan dalam artikel saya yang bertajuk:  "Penjelasan Status Hadith Fadhilat Tidurnya Puasawan" , pada nota kaki nombor 15, artikel penuh boleh dibaca disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2010/12/penjelasan-status-hadith-fadhilat.html 

Allah hu 'alam. 
Muhammad Fathi , Abu Ismaaeel. 
Rabu, 15 jun 2011
Iskandariah, Mesir


| | Read More »

[Siri 1] Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary: Ralat pada terjemahan Lidwa Pusaka






[Siri 1] Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary: Ralat pada terjemahan Lidwa Pusaka




Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd

Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya: 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ



Terjemahan 'software' lidwa pusaka: 

"Madinah adalah tanah haram. Maka siapa yang mengada-ngada di dalamnya, dia akan mendapatkan kutukan dari Allah, laknat para Malaikat dan laknat seluruh manusia..."



Kritikan Ilmiah Fathi al-Sakandary: 

Terjemahan yang dibuat Lidwa adalah kurang tepat, kerana terdapat ayat yang tertinggal dan tidak diterjemah, iaitu frasa yang bergaris:  أَوْ آوَى مُحْدِثًا , yang bermaksud - terjemahan harfiah - : (atau melindungi orang yang melakukan hal yang 'baru' itu)

Setelah saya berbincang dengan beberapa guru dan  para sahabat yang lebih mahir dalam bahasa `arab, maka terjemahan yang tepat untuk frasa - أَوْ آوَى مُحْدِثًا - ialah: (atau melindungi orang yang melakukan hal yang 'baru' - iaitu berbuat bid'ah, dosa, kezaliman dan perkara2 munkar- itu). Perkataan dalam ( - ... - ) adalah berdasarkan penjelasan Imam al-Nawawi berkenaan maksud perkataan " -أَحْدَثَ- ahdatha" iaitu : azhara, al-hadath : al-zhulm (kezaliman), munkar, bid'ah dan yang sewaktu dengannya. Manakala آوى ialah : melindungi/meredhai.

Maka terjemahan yang tepat - Allah hu 'alam - bagi saya untuk hadith ini ialah:

(Madinah itu adalah satu tempat yang suci /mulia, maka barangsiapa yang melakukan sesuatu yang baru padanya (iaitu berbuat bid'ah, dosa, kezaliman dan perkara-perkara munkar) atau melindungi orang yang melakukan hal yg tersebut itu, maka baginya laknat Allah, laknat para Malaikat serta seluruh manusia ke atasnya... ...)

Segala pembaikan lanjut  - sekiranya ada - amat dialukan.

Allah hu 'alam. 
Muhammad Fathi , Abu Ismaaeel. 
Selasa, 14 jun 2011


| | Read More »

Penjelasan Status Hadith : Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"






Penjelasan Status Hadith[1] : 
Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"

Oleh: Abu Ismaeel Muhammad Fathi Ali 
al-Malizy al-Sakandary


#         Matan[2] Hadith:





اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan


#         Takhrij[3]:

Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 2346)[4], Al-Baihaqi dalam Syu‘ab Al-Iman (no. 3654), Al-Tabarani dalam Al-Awsat (no. 4086) dan lain-lain daripada Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas daripada Nabi SAW secara marfu‘[5].

#         Status:

Hadith Munkar, bahkan sanadnya[6] dha‘if jiddan[7]. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani[8], Al-Baihaqi, Ibn Rajab[9], Al-Nawawi[10] dan lain-lain.

Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat[11]: “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.

Hadith ini mempunyai beberapa kecacatan:


1- Za’idah bin Abi Ruqqad dikritik oleh jama‘ah nuqqad:

Kata Imam Al-Bukhari: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Al-Nasa’i: “Tidak diketahui siapakah dia”, kata Al-Nasa’i lagi: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Abu Daud: “Tidak diketahui khabarnya”, kata Imam Al-Hakim: “Hadith-hadithnya tidaklah kuat”[12]

2- Ziyad bin ‘Abdullah Al-Numairi yang juga dikritik nuqqad:

Kata Imam Yahya Ibn Ma‘in: “Dha‘if Al-Hadith”, kata Imam Abu Hatim: “…Tidak berhujah dengannya”, kata Imam Ibn Hibban: “Munkar Al-Hadith”, juga didha‘ifkan oleh Imam Abu Daud, dan lain-lain.


3- Bersama-sama dha‘ifnya Za’idah, dia turut bersendirian (tafarrud):

Kata Imam Al-Tabarani selepas meriwayatkan hadith ini: “Tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”


4- Bahkan silsilah jalur sanad ini (Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas) hadith Munkar :-

Kata Imam Abu Hatim: “menyebutkan (meriwayatkan) Za’idah daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas hadith-hadith marfu‘ yang Munkar”[13]

Kata Imam Al-Bukhari: “Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad, Munkar Al-Hadith”[14]


#         Fiqh al-Hadith:

Hadith ini walaupun ia Munkar dan isnadnya dhai`f jiddan, namun ia hanyalah doa, dan tidak bersangkut hal hukum-hakam dan lafaz doa itu tidak bercanggah dengan mana-mana asas umum dalam syariat Islam, maka beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan) dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW. 

Perlu diketahui bahawa manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan hadith-hadith doa secara khusus ialah: hadith-hadith doa walaupun ia tidak thabit dari segi naqal, iaitu samada ia dha`if khafif, atau dha`if jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun, hukum beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan), selagimana isi kandungan doa itu tidak bertentangan dengan asas-asas umum agama, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.


Imam Ibn Khuzaimah (311H) dalam kitab beliau Mukhtasarul Mukhtasar, dalam bab al-Manasik, telah menerangkan kecacatan ('illah) satu hadith yang mengandungi doa. Namun , sejurus selepas itu beliau berkata hadith doa ini sekalipun tidak 'thabit' dari segi naqal (iaitu rantaian periwayatan samada dhaif khafif, atau dhaif jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun) namun ia mubah (boleh) diamalkan. Isyarat yang sama dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi, Imam `Abdulrahman ibn Mahdi dan lain-lain.


Antara sebab bolehnya beramal dengan hadith-hadith doa yang dha`if ini ialah kerana lafaz doa adalah bersifat bebas dan tidak terikat sepertimana lafaz zikir yang ma'thur dari Nabi SAW. Maka berdoa dengan menggunakan lafaz hadith-hadith doa yang dha`if adalah lebih utama daripada menggunakan lafaz doa yang bersifat bebas, bahkan tanpa sanad langsung.


Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu.


Hal ini berbeza dengan hadith-hadith dalam fadha`il `amal yang lain (selain daripada jenis doa) dimana syaratnya agak ketat sedikit berbandiang hadith-hadith doa, iaitu ia boleh diamalkan dengan beberapa syarat antaranya ia bukan hadith yang dha`if jiddan, tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.




[1] Al-Hadith: iaitu perkataan, perbuatan, ketetapan atau sifat yang disandarkan kepada Nabi. Apabila disebut “hadith qauli” ia merujuk kepada perkataan Nabi, “hadith fi‘li” merujuk kepada perbuatan Nabi, “hadith taqriri” merujuk kepada ketetapan (persetujuan) Nabi, “hadith wasfi” merujuk kepada sifat Nabi. Terdapat ‘ibarat (istilah) lain yang digunakan oleh Ahli Hadith seperti “Al-Athar” dan “Al-Khabar”. Sesetengah Ahli Hadith kadangkala membezakan antara “Al-Hadith”, “Al-Athar” dan “Al-Khabar”. Iaitu “Al-Hadith” digunakan kepada Nabi, “Al-Athar” digunakan kepada selain Nabi iaitu kepada Sahabat, Tabi‘in, dan “Al-Khabar” pula adalah umum dan digunakan untuk kesemuanya. (rujuk: Taqrib ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 50-51, Mu‘jam Istilahat, ‘Abdul Mannan Al-Rasikh, hal. 86). Walau bagaimanapun, menurut Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni, para Ahli Hadith Al-Mutaqaddimin tidak membezakan antara ketiga-tiga istilah ini. Bagi mereka, ia adalah sama (rujuk: rakaman kuliah Syarh Nukhbah Al-Fikar, Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni)

[2] Al-Matan: iaitu kata-kata yang mengakhiri sesuatu sanad (tujuan sanad), dengan kata lain “Matan” adalah “lafaz” hadith itu sendiri (lanjut rujuk: Al-Dibajah Fi ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 18)

[3] Al-Takhrij: masdar daripada “kharraja / خرّج” (mengeluarkan), iaitu mengeluarkan sumber atau dengan kata lain menyebutkan sumber hadith di mana ia dijumpai, tidak semestinya menyatakan darjat hukum (status) hadith itu

[4] Yang sebetulnya hadith ini adalah tambahan ‘Abdullah bin Ahmad (anak imam Ahmad) ke dalam Musnad Ahmad. Pada asalnya imam Ahmad tidak memasukkan hadith ini dalam Musnadnya.

[5] Marfu‘: ialah sanad hadith itu terhenti kepada Nabi, sama ada dari segi perkataan Nabi, perbuatan Nabi, taqrir (persetujuan/ ketetapan) Nabi, atau sifat Nabi. Dengan kata lain hadith Marfu‘ ialah hadith yang dinisbahkan kepada Nabi, ia boleh jadi Sahih, Dha‘if, Maudhu‘ dan sebagainya. (rujuk: Syarh Al-Muqizoh, Dr. Hatim Syarif Al-‘Awni, hal. 101; Syarh Lughah Al-Muhaddith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 76)

[6] Sanad: adalah hikayat akan jalan Matan atau khabar akan jalan Matan, dengan kata lain menyandarkan hadith kepada pengucapnya. Bagi Ahli Hadith perkataan “Sanad” atau “Isnad” atau “Tariq” adalah sama seerti. Kata Imam Ibn Jama‘ah: “Para Ahli Hadith menggunakan perkataan “sanad” dan “isnad” untuk perkara yang satu (iaitu sama)”. Bagi mereka yang membezakan antara “sanad” dan “isnad”, ia adalah pembahagian secara lughawi (bahasa) bukan istilah (rujuk: Athar ‘Ilal Al-Hadith Fi Ikhtilaf Al-Fuqaha’, Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, hal. 57-58; Al-Dibajah Fi ‘Ilm Al-Hadith, Tariq ‘Iwadullah, hal. 13)

[7] Dha‘if Jiddan: sangat lemah. Munkar: lihat nota kaki no. 15. Syaikh Al-Muhaddith ‘Abdullah Al-Sa‘d menyimpulkan hadith ni: Munkar, dan isnadnya dha‘if jiddan (dalam kitabnya Al-Badru Al-Tamam Fi Bayani Hukmi Ba‘dhi Ma Warada Fi Fadhli Ramadhan البدر التمام في بيان حكم بعض ما ورد في فضل رمضان, fasal hadith-hadith dha‘if fadhilat Ramadhan, hadith no. 4)

[8] Dalam Mu‘jam Al-Awsat (no. 4086), kata Al-Tabarani: “tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”

[9] Dalam Lata’if Al-Ma‘arif, 234

[10] Dalam Al-Azkar: hal. 314

[11] Fadha’il Al-Awqat, Al-Baihaqi, komentar sebelum hadith no. 14

[12] Rujuk: Tahzib Al-Kamal, Tahzib Al-Tahzib (Maktabah Shamela)

[13] Rujuk: Tahzib Al-Kamal, tarjamah Za’idah (Maktabah Shamela)

[14] Al-Dhu‘afa’, Al-Bukhari

[15] Hadith Munkar: maksud hadith Munkar di sisi ahli hadith terkemudian (Al-Muta’akhkhirin) ialah: “apa yang diriwayatkan rawi yang dha‘if yang menyanggahi dan menyalahi yang thiqat”, ini adalah definisi hadith Munkar di sisi Al-Muta’akhkhirin. Bagi para imam dan ahli hadith yang awal (Al-Mutaqaddimin) pula mereka tidak mengehadkan maksud hadith Munkar seperti Al-Muta’akhkhirin, akan tetapi bagi Al-Mutaqaddimin ia adalah lebih luas, iaitu setiap hadith yang tidak diketahui akan sumbernya, tidak kira sama ada rawi yang tafarrud (bersendirian) itu thiqah atau soduq atau dha‘if, sama ada tafarrudnya rawi itu bersama-sama mukhalafah atau tidak, iaitu dengan kata lain maksudnya sesungguhnya padanya berlaku kesilapan atau tidak terpelihara atau tidak diikuti (khata’, waham, ghayr mahfuz, gharib, la yutaba’ahu ‘alayhi ahad), seperti kata Imam Ahmad “yuhdath bi ahadith manakir laysa lahu asl”, kata Imam Al-Bukhari “hadith laysa bi ma‘ruf Munkar al-hadith”, dan antara ibarat-ibarat lain yang digunakan oleh Al-Mutaqaddimin untuk Munkar adalah seperti “haza khata’”, “haza waham”, “haza ghayr mahfuz”, “haza ghayr sahih”, “gharib”, “wa la yasybih”, “la yathbut”, “la yasih”, dengan itu Munkar pada Al-Mutaqaddimin adalah lebih umum daripada Al-Muta’akhkhirin, dan ia lebih dekat kepada makna al-lughawi iaitu “ghayr ma‘ruf/ tidak di ketahui”, iaitu padanya adanya berlaku kesilapan.

Contohnya kata Imam Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil (1/292): “Dan hadith ini bersendirian padanya Isma‘il bin ‘Ayyasy daripada Al-Zubaidi, dan ia hadith Munkar daripada hadith Al-Zubaidi, Ibn ‘Ayyasy telah mengambil hadith Al-Zubaidi ke atas hadith Ibn Sam‘an dan dia telah tersilap. Al-Zubaidi thiqah dan Ibn Sam‘an pula dha‘if”. Jika dilihat pada kata-kata Ibn ‘Adi ini dapat diketahui bahawa beliau menggunakan istilah “Munkar” ke atas apa yang telah bersendirian padanya Ibn ‘Ayyasy daripada Al-Zubaidi, kerana tidak diketahui hadith ini daripada hadith-hadith Al-Zubaidi, rawi yang meriwayatkannya daripadanya telah silap kerana telah memasukkannya hadith Ibn Sam‘an.

Contoh lain pula ialah kata Imam Al-Nasa’i (8/319): “Hadith ini Munkar, telah silap padanya Abu Al-Ahwas Salam bin Sulaym, sesungguhnya tidak diketahui seorang pun yang mengikutinya padanya Al-Ahwas daripada kalangan ashab Simak bin Harb… dan kata Ahmad bin Hanbal: “Abu Al-Ahwas telah silap pada hadith ini”. Jika kita lihat di sini Abu Al-Ahwas adalah seorang yang thiqah mutqin! Akan tetapi Imam Al-Nasa’i tetap menggunakan istilah “Munkar” ke atas hadithnya yang ada silap padanya. Dan contoh-contoh lain semisal ini sangat banyak.

Munkar adalah sebahagian daripada ‘Illah (kecacatan) pada hadith dan hadith itu tidak sahih.  (lanjut rujuk: 1- Mu'jam Musthalahatil Hadithi wa 'Ulumihi, Dr. Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, hal. 57, cetakan Dar al-Nafaes, 'Amman, Jordan, 2009M , 2- Nazarat Jadidah Fi ‘Ulum Al-Hadith, Dr. Hamzah Al-Malibari, hal. 32, 200-210, Dar Ibn Hazm, 2003M, 3-  Al-Buhuth Al-Mukhtasarah, Dr. Hamzah Al-Malibari, cetakan Multaqa' Ahl Hadith (Al-Buhuth Al-Mukhtasarah ini merupakan himpunan kertas kerja pembentangan syaikh Al-Malibari di Algeria, besempena Multaqa' Al-Dauliy lil-Sunnah Al-Nabawiyyah pada 13,14,15 Mac 2010 di bandar Qistantinah (Konstantin/Constantine), Algeria) 4- Athar Ikhtilaf Al-Asanid wa Al-Mutun Fi Ikhtilaf Al-Fuqaha', Dr. Mahir Yasin al-Fahl, hal. 465,Dar al-Muhaddithin, Qaherah, 2008M, 5- Syarh Lughotul Muhaddith, Thariq 'Iwadullah, hal.406 &  410,Maktabah Ibn Taimiah, Giza, 2009M, 6- Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah, Dr. Mustafa Al-Muhammadi, di bawah seliaan Dr. Basyar 'Awwad Ma'ruf, hal. 80, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut,2005M)

| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign