Istilah 'Syarif Syarif' untuk hadith.


Gambar: Sahih Ibn Khuzaimah 
atau nama sebenarnya Mukhtasarul Mukhtasar




Istilah 'Syarif Syarif' untuk hadith 


Syarif Syarif: Ia adalah antara istilah tashih (pensahihan) hadith yang digunakan secara khusus oleh Imam Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar (umum mengenalinya sebagai Sahih Ibn Khuzaimah). 

Imam Ibn Khuzaimah menggunakan istilah 'Syarif Syarif' ini hanya sekali sahaja dalam kitabnya iaitu pada bab; "ذكر الدليل على أن ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان - menyatakan dalil bahawa sesungguhnya Lailatul Qadr itu ialah pada 10 hari akhir-akhir dari Ramadhan" selepas mengeluarkan sebuah hadith (no. 2171) yang diriwayatkan oleh Abi Sa'id al-Khudri secara marfu' bahawa Nabi SAW bersabda; " إني اعتكفت العشر الأول ألتمس هذه الليلة ثم اعتكف العشر الوسط ثم أتيت فقيل لي : إنها في العشر الأواخر فمن أحب منكم أن يعتكف فليعتكف - Sesungguhnya aku pernah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dalam bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadr ini. Aku kemudian melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan (kedua) dalam bulan Ramadhan. Aku lalu didatangi (malaikat) dan dia katakan kepadaku sesungguhnya Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan. (Maka) barangsiapa antara kalian yang mahu melakukan i’tikaf, maka hendaklah ia beri’tikaf", kemudian berkata Ibn Khuzaimah; "هذا حديث شريف شريف - hadith ini Syarif Syarif". Hadith yang sama dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, sekaligus membuktikan bahawa istilah 'Syarif Syarif' ini bermaksud Sahih disisi Ibn Khuzaimah. 

Istilah 'Syarif Syarif' ini tidak pernah digunakan oleh para huffaz lain selain Imam Ibn Khuzaimah dan beliau menyendiri dalam menggunakan istilah ini. 

Sekian dikongsi, moga bermanfaat.
Abu Ismail Muhammad Fathi `Ali al-Tabib
6 Muharram 1433H / 30 Dis 2011




| | Read More »

Syaikh al-Albani & doa pengantin baru




Syaikh al-Albani & doa pengantin baru



Bismillah, Alhamdulillah.. wa ba'd. Seorang muslimah yang mulia telah bertanya saya persoalan dibawah: 


----------- Jawapan: 


Wa'alaikumussalam. Saya akan cuba menjawab persoalan saudari sekadar kemampuan saya insyaAllah. 

Jawapan soalan no. 1) 

Berkenaan hadith doa yang diucapkan kepada para pengantin baru tersebut, adakah ia sebenar-benarnya sahih? jawabnya, ya  ia adalah hadith Sahih.

Hadith itu dikeluarkan antaranya oleh al-Tirmizi (no. 1091), Abu Daud (no. 2130), Ibn Majah (no. 1559) dari Abu Hurairah secara marfu' kepada Nabi SAW. Ia adalah hadith Sahih, disahihkan oleh jamaah ulama hadith terdahulu dari kalangan huffaz mutaqaddimin dan mutaakhkhirin antaranya oleh al-Tirmizi katanya 'Hasan Sahih', Ibn Hibban (sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam Bulugh al-Maaram, 289), al-Nawawi (al-Azkar, 356) , Ibn Daqiq al-`Eid (al-Ilmam bi-Aḥadīth al-Aḥkam, 2/622), al-Suyuti (al-Jami' al-Saghir, 6704) dan lain-lain.

Manakala antara ulama hadith moden yang turut menerima maqbul (samada sahih/hasan) hadith ini ialah Muqbil Hadi al-Wadi'i katanya 'Hasan' (al-Sahih al-Musnad mimma Laisa fi al-Sahihain, 1295), Syu'aib al-Arnaut katanya 'Sanadnya kuat, perawinya perawi al-Sahih' (tahqiq Musnad Ahmad, 2/381), Husin Salim Asad (tahqiq Sunan al-Darimi, 2/180), al-Albani dalam tahqiq Sunan al-Tirmizi (1091) menyatakan 'Sahih', begitu juga dalam Adab al-Zifaf (102) katanya 'Sahih atas syarat Muslim'. 

Kesimpulannya hadith ini Sahih zaman berzaman dan saya tidak menjumpai para ulama hadith yang menolaknya. Dan penilaian Syaikh al-Albani untuk hadith ini adalah tepat, bahkan bertepatan dengan penilaian para ulama hadith besar Salaf semisal Imam al-Tirmizi dan lain-lain yang menilainya Sahih. 

Jawapan soalan no. 2) 

Adakah kita boleh menggunakan apa-apa yang dinyatakan oleh al-Albani? Jawabnya ialah; kita melihat Syaikh al-Albani sebagaimana kita melihat para ulama hadith moden lainnya tanpa sebarang bias dan prejudis. Kita mengiktiraf keilmuan beliau dalam lautan ilmu hadith dan beliau adalah salah seorang kapal dalam lautan yang luas tersebut. Kita menerima apa yang dinyatakan al-Albani berdasarkan hujah yang beliau kemukakan, dan kita juga boleh menolak apa yang yang beliau katakan dengan hujah ilmiah juga. Kerana penilaian hadith adalah ijtihad , dan ijtihad seseorang boleh tersilap, dan tiadalah manusia itu yang terlepas daripada kesilapan melainkan Nabi SAW yang maksum.  

Syaikh al-Albani adalah seorang ulama' yang telah menghabiskan masa hidupnya untuk membela Sunnah Nabi SAW hingga ke akhir hayat beliau, bahkan al-Albani pernah berkata dalam satu ungkapan beliau yang sangat masyhur: 

"Dengan senantiasa berharap agar Allah Subhanahu wa Taala menambahkan kurnianya kepadaku dan menjadikan nikmat ini tidak dicabut hingga kematian tiba, serta mewafatkanku sebagai muslim diatas sunnah yang aku telah bernazar untuk itu kehidupanku adalah dakwah dan menulis." (Syaikh Al-Albani)


Ketokohan dan kredibiliti syaikh al-Albani adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan oleh semua penuntut ilmu, dapat kita lihat pujian para ulama sezaman terhadap beliau.

Antaranya Syaikh Ibn Baaz pernah berkata,

“Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani adalah mujaddid zaman ini dalam dugaanku, wallahu a’lam” (Majalah As-Solah, Jordan,  Edisi 23/Sya’ban/1420 H., hal. 76)

Begitu juga kata Syaikh al-Uthaimin: 

“Ahli hadits negeri Syam, pemilik ilmu yang sangat luas tentang hadits secara riwayah dan dirayah. Allah Ta’ala menganugerahkan manfaat yang banyak kepada manusia melalui karya-karya ilmiahnya berupa ilmu dan semangat mempelajari ilmu hadits” (Hayatul Albani 2/543 oleh Muhammad bin Ibrahim ays Syaibani)


Maka prinsip kita terhadap Syaikh al-Albani ialah kita menerima dengan hujah, dan sekiranya kita tolak maka kita menolak dengan hujah juga. Tidaklah kita taksub kepadanya, dan tidaklah juga kita prejudis dan menolaknya mentah-mentah. Tidaklah benar sikap mereka yang menolak beliau mentah-mentah, dan tidak benar juga sikap mereka yang menerima ijtihad beliau bulat-bulat sebagai sesuatu yang qath'e.

Jawapan soalan no. 3) 

Ada yang menyatakan bahawa Syaikh al-Albani sesat dan banyak melakukan penyelewangan hadith? adakah benar? Jawabnya; demi Allah yang jiwaku berada dalam tanganNya, saya katakan bahawa Syaikh al-Albani tidak sesat dan beliau tidak melakukan penyelewengan dalam hadith. Hanya mulut-mulut jahat dan dengki kepadanya saja yang mencipta tuduhan-tuduhan palsu kepada beliau. Sebaliknya apa yang berlaku ialah beliau terkadang tersilap dalam ijtihad beliau dalam menilai hadith, dan hal ini biasa lumrah bagi semua pengkaji hadith. 

Syaikh al-Albani adalah seperti manusia lainnya yang tidak terlepas daripada melakukan silap, dan silapnya beliau sudah tentu sedikit berbanding jasa beliau yang sangat banyak. Tidak dinafikan, ssememangnya terdapat beberapa penilaian hadith beliau yang didapati oleh para ulama' dan pengkaji lainnya sebagai tidak tepat dan tersilap, kerana beliau didapati agak tasahul (bermudah-mudah) untuk hadith itu, kesilapan itu hal biasa, dan silapnya al-Albani pun beliau telah mendapat satu pahala atas ijtihad beliau, dan ia tidak sedikit pun menjatuhkan kredibiliti beliau dalam lapangan dunia ilmiah.

Pernah syaikh Ibn Baaz sendiri di tanya berkenaan tashih (pensahihan) dan tadh'if (pendhaifan) hadith oleh syaikh Al-Albani:

السؤال : ما هو رأي سماحتكم في الاعتماد على ما صححه الألباني؟.

الشيخ محمد ناصر الدين الألباني من خيرة الناس , وهو من العلماء المعروفين بالاستقامة , والعقيدة الطيبة والجد في تصحيح الأحاديث وبيان حالها وهو عمدة في هذا الباب ؛ ولكن ليس بمعصوم ، قد يقع منه خطأ في تصحيح بعض الأحاديث أو تضعيفها ، مثل غيره من العلماء 

solan: 

apakah pendapat samahah (Ibn Baaz , mufti ketika itu) dalam bab berpegang atas hadith-hadith yg di sahihkan oleh Al-Albani?

jawab Syaikh Ibn Baaz:

Al-Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani adalah dari manusia yg baik (mulia), beliau adalah daripada kalangan ulama-ulama yang dikenal dengan sifat istiqamahnya, aqidahnya bagus (iaitu aqidah beliau adalah aqidah salaf dan beliau berpegang teguh dgnnya), dan dia bagus (jayyid) dalam tashih hadith-hadith dan menjelaskan hal yang berkaitan dengannya, dan beliau adalah (antara -pent) tiang dalam bab ini, namun beliau bukannya ma'sum, sesungguhnya memang terdapat padanya beberapa kesilapan-kesilapan dalam mensahihkan atau mendhaifkan beberapa hadith, sama seperti ulama-ulama yg lainnya...

[rujuk: salinan dari fatwa Nur 'ala Darb (من فتاوى نور على الدرب ) dalam Multaqa' Ahl Hadeeth]


Begitu juga Syaikh`Abdul Karim bin `Abdullah Al-Khudheir (ahli lajnah hai'ah kibaru ulama Arab Saudi) pernah di tanya berkenaan tashih dan tad'if hadith oleh syaikh Al-Albani:


...ما رأيكم تصحيح وتضعيف الشيخ الألباني؟ 

الشيخ الألباني -رحمة الله عليه- من الأئمة العلماء المجددين، لا سيما لهذا الفن، فهو من حملة العلم وأوعيته، فقوله معتبر، وتصحيحه يعتمد عليه ويوثق به، وهو كغيره ليس بمعصوم يوجد عند ضعف، ما يلاحظ سواء في التصحيح أو في التضعيف، هو كغيره من العلماء فيستفاد من تصحيحاته وأحكامه، لكن ليس بمعصوم

solan:

apa pandangan syaikh tentang tashih dan tad'if hadith oleh syaikh Al-Albani?...

jawapan:

Al-Syaikh Al-Albani - rahimahullah- adalah daripada kalangan imam-imam ulama' pembaharu (mujaddid), terutama pada bab ini (iaitu tajdid dlm ilmu hadith -pent), dan beliau adalah pembawa ilmu dan (umpama -pent) bekasnya (iaitu bekas dan tempatnya ilmu tersimpan -pent), dan pendapat beliau adalah (dikira dan dianggap -pent) muktabar, dan boleh berpegang kpd tashih hadith olehnya, namun beliau seperti (para ulama' -pent) lainnya adalah tidak ma'sum, padanya terdapat kelemahan (iaitu kesilapan -pent) yang dapat diperhatikan padanya samada dalam hal tashih atau tad'if hadith, beliau adalah seperti ulama-ulama lainnya, diambil istifadah (faedah, manfaat) daripada tashih dan hukuman hadith olehnya, akan tetapi beliau bukannya ma'sum

[Rujuk: jkawapan syaikh Al-Khudheir dlm salah satu sesi soal-jawab kuliahnya (syarah Al-Lu' Lu' Al-Maknun fi Ahwal Al-Asanid wa Al-Mutun), www.khudheir.com/]

Saya sendiri pernah mengkritik penilaian Syaikh al-Albani atas dasar hujah ilmiah, rujuk tulisan saya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/siri-2-kritikan-ilmiah-fathi-al.html , kritikan ilmiah dan jauh dari prejudis dan menyesatkan. Dan saya sendiri pernah membela beliau atas syubhat-syubhat yang tidak benar sebagaimana yang saya lakukan sekarang ketika menjawab soalan saudari. 


Allah hu'alam
Abu Ismail Muhammad Fathi Ali al-Sakandary
2 Muharram 1433H / 27 Nov. 2011
Gam'ah / Iskandariah / Mesir





| | Read More »

Penjelasan status hadith: makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang adalah daripada syi'ah




Penjelasan status hadith: makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang adalah daripada syi'ah




Bismillah, Alhamdulillah ..wa ba'd. Telah bertanya seorang sahabat yang mulia melalui laman sosial Facebook berkenaan sebuah hadith seperti dibawah:


-------------- Jawapan: 

Telah tersebar dalam internet satu kata-kata yang masyhur berbunyi: 

"نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع - kami adalah suatu kaum, yang tidak akan makan hingga merasa lapar, jika kami makan maka tidak sampai kenyang"

Kata-kata ini dinisbahkan para  tukang cerita kepada Baginda Nabi SAW, namun ketahuilah sesungguhnya ia adalah hadith palsu! ia bukanlah sabda Nabi SAW, tiada asalnya. Sesetengah tukang cerita menyatakan ia adalah hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, sungguh ia adalah satu pendustaan kepada Nabi SAW dan pendustaan atas nama ulama hadith. 

Hadith dengan lafaz "نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع - kami adalah suatu kaum, yang tidak akan makan hingga merasa lapar, jika kami makan maka tidak sampai kenyang" ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadith Ahlussunnah, baik kutub hadith yang masyhur atau tidak masyhur. Dengan itu berkata Syaikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin : "لا أصل له- tiada asalnya" (rujuk: Silsilah al-Sahihah, no. 3942). Sebaliknya ia hanya dijumpai dalam kitab sirah (sejarah) iaitu kitab Sirah al-Halabiah (3/299) karya `Ali bin Burhanuddin al-Halabi dan penulis tidak menyebut sebarang sanad langsung untuk kata-kata ini. Lebih menakjubkan ialah saya menjumpainya dalam kitab syi'ah!! iaitu kitab hadith syi'ah karya al-Sayyid al-Thabathabaie (laknatullah) bernama Sunan al-Nabi (bab makanan dan minuman, halaman 266). Tidak syak lagi bahawa hadith ini adalah hadith palsu , pendustaan kepada Nabi SAW dan berkemungkinan besar ia adalah ciptaan syi'ah (moga Allah melaknat mereka). 

Kata-kata ini bukan saja dusta kepada Baginda Nabi SAW, bahkan ia bercanggah dengan sebuah hadith sahih yang menceritakan bahawa Abu Hurairah pernah disuruh Baginda Nabi SAW minum susu hingga perutnya penuh kenyang. Iaitu hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Jami'nya al-Sahih (no. 6452), dengan sanadnya kata al-Bukhari: 

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ
كَانَ يَقُولُ أَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِنْ كُنْتُ لَأَعْتَمِدُ بِكَبِدِي عَلَى الْأَرْضِ مِنْ الْجُوعِ وَإِنْ كُنْتُ لَأَشُدُّ الْحَجَرَ عَلَى بَطْنِي مِنْ الْجُوعِ وَلَقَدْ قَعَدْتُ يَوْمًا عَلَى طَرِيقِهِمْ الَّذِي يَخْرُجُونَ مِنْهُ فَمَرَّ أَبُو بَكْرٍ فَسَأَلْتُهُ عَنْ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَا سَأَلْتُهُ إِلَّا لِيُشْبِعَنِي فَمَرَّ وَلَمْ يَفْعَلْ ثُمَّ مَرَّ بِي عُمَرُ فَسَأَلْتُهُ عَنْ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَا سَأَلْتُهُ إِلَّا لِيُشْبِعَنِي فَمَرَّ فَلَمْ يَفْعَلْ ثُمَّ مَرَّ بِي أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَبَسَّمَ حِينَ رَآنِي وَعَرَفَ مَا فِي نَفْسِي وَمَا فِي وَجْهِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا هِرٍّ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْحَقْ وَمَضَى فَتَبِعْتُهُ فَدَخَلَ فَاسْتَأْذَنَ فَأَذِنَ لِي فَدَخَلَ فَوَجَدَ لَبَنًا فِي قَدَحٍ فَقَالَ مِنْ أَيْنَ هَذَا اللَّبَنُ قَالُوا أَهْدَاهُ لَكَ فُلَانٌ أَوْ فُلَانَةُ قَالَ أَبَا هِرٍّ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْحَقْ إِلَى أَهْلِ الصُّفَّةِ فَادْعُهُمْ لِي قَالَ وَأَهْلُ الصُّفَّةِ أَضْيَافُ الْإِسْلَامِ لَا يَأْوُونَ إِلَى أَهْلٍ وَلَا مَالٍ وَلَا عَلَى أَحَدٍ إِذَا أَتَتْهُ صَدَقَةٌ بَعَثَ بِهَا إِلَيْهِمْ وَلَمْ يَتَنَاوَلْ مِنْهَا شَيْئًا وَإِذَا أَتَتْهُ هَدِيَّةٌ أَرْسَلَ إِلَيْهِمْ وَأَصَابَ مِنْهَا وَأَشْرَكَهُمْ فِيهَا فَسَاءَنِي ذَلِكَ فَقُلْتُ وَمَا هَذَا اللَّبَنُ فِي أَهْلِ الصُّفَّةِ كُنْتُ أَحَقُّ أَنَا أَنْ أُصِيبَ مِنْ هَذَا اللَّبَنِ شَرْبَةً أَتَقَوَّى بِهَا فَإِذَا جَاءَ أَمَرَنِي فَكُنْتُ أَنَا أُعْطِيهِمْ وَمَا عَسَى أَنْ يَبْلُغَنِي مِنْ هَذَا اللَّبَنِ وَلَمْ يَكُنْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ وَطَاعَةِ رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُدٌّ فَأَتَيْتُهُمْ فَدَعَوْتُهُمْ فَأَقْبَلُوا فَاسْتَأْذَنُوا فَأَذِنَ لَهُمْ وَأَخَذُوا مَجَالِسَهُمْ مِنْ الْبَيْتِ قَالَ يَا أَبَا هِرٍّ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ خُذْ فَأَعْطِهِمْ قَالَ فَأَخَذْتُ الْقَدَحَ فَجَعَلْتُ أُعْطِيهِ الرَّجُلَ فَيَشْرَبُ حَتَّى يَرْوَى ثُمَّ يَرُدُّ عَلَيَّ الْقَدَحَ فَأُعْطِيهِ الرَّجُلَ فَيَشْرَبُ حَتَّى يَرْوَى ثُمَّ يَرُدُّ عَلَيَّ الْقَدَحَ فَيَشْرَبُ حَتَّى يَرْوَى ثُمَّ يَرُدُّ عَلَيَّ الْقَدَحَ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ رَوِيَ الْقَوْمُ كُلُّهُمْ فَأَخَذَ الْقَدَحَ فَوَضَعَهُ عَلَى يَدِهِ فَنَظَرَ إِلَيَّ فَتَبَسَّمَ فَقَالَ أَبَا هِرٍّ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ بَقِيتُ أَنَا وَأَنْتَ قُلْتُ صَدَقْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ اقْعُدْ فَاشْرَبْ فَقَعَدْتُ فَشَرِبْتُ فَقَالَ اشْرَبْ فَشَرِبْتُ فَمَا زَالَ يَقُولُ اشْرَبْ حَتَّى قُلْتُ لَا وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا أَجِدُ لَهُ مَسْلَكًا قَالَ فَأَرِنِي فَأَعْطَيْتُهُ الْقَدَحَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَسَمَّى وَشَرِبَ الْفَضْلَةَ

Terjemahan indonesia ihsan Lidwapusaka: ... Abu Hurairah pernah mengatakan; "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, aku pernah menempelkan belakang perutku di atas tanah karena rasa lapar, aku juga pernah mengikatkan beberapa batu diperutku karena rasa lapar. Pada suatu hari aku pernah duduk di jalan yang biasa para sahabat lewati, kemudian lewatlah Abu Bakar, lalu aku bertanya kepadanya tentang ayat dari kitabullah, dan aku tidaklah menanyakannya kecuali hanya agar ia menjamuku namun ia tidak melakukannya. Setelah itu lewatlah Umar, kemudian aku bertanya kepadanya tentang suatu ayat di kitabullah, tidaklah aku bertanya kepadanya kecuali hanya agar ia menjamuku namun ia tidak melakukannya. Setelah itu lewatlah Abul Qasim shallallahu 'alaihi wasallam, ketika melihatku beliau tersenyum dan mengetahui apa yang tergambar dari wajah dan hatiku, beliau lalu bersabda: 'Wahai Abu Hurairah? ' Aku menjawab; 'Aku penuhi panggilanmu wahai wahai Rasulullah.' Beliau bersabda: 'Ikutlah.' Lalu aku mengikuti beliau, aku lalu minta izin untuk masuk dan beliau mengizinkanku, ternyata aku mendapatkan susu di dalam mangkok, beliau bersabda: 'Dari mana kalian mendapatkan susu ini? ' Orang-orang rumah menjawab; 'Fulan atau fulanah menghadiahkannya kepada anda.' Beliau bersabda: 'Wahai Abu Hurairah! ' Aku menjawab; 'Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.' Beliau bersabda: 'Temuilah ahli suffah (para sahabat yang tinggal di pelataran masjid) dan ajaklah mereka kemari.' Abu Hurairah berkata; 'Ahli Suffah adalah para tamu kaum muslimin, mereka tidak tinggal bersama keluarga dan tidak memiliki harta, jika Nabi mendapatkan hasil dari sedekah, maka beliau tidak akan memakannya dan akan mengirimnya kepada ahli suffah, dan apabila beliau diberi hadiyah, maka mereka akan mendapatkan bagian dan kadang beliau mengirim sebagiannya untuk mereka.' Lalu aku berkata; 'Hal itu membuatku sedih, lalu aku berkata (dalam hati); 'Apa perlunya ahli suffah dengan susu tersebut, karena akulah yang berhak daripada mereka, aku berharap dapat minum seteguk susu sekedar bisa bertahan dari sisa waktuku, apabila ada kaum yang datang maka akulah yang menyuguhi mereka, (kataku selanjutnya). Apalah artinya susu yang tersisa jika bukan untuk suatu ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku pergi dan mengundang mereka, mereka akhirnya datang dan meminta izin, beliau kemudian mengizinkan, sehingga mereka pun mengambil posisi tempat duduk mereka masing-masing, beliau bersabda: 'Hai Abu Hurairah.' Aku menjawab; 'Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.' Beliau bersabda: 'Ambil dan berikanlah kepada mereka.' Akupun mengambil mengkok tersebut dan memberikannya kepada seorang laki-laki, maka laki-laki itu meminumnya hingga kenyang, setelah itu ia mengembalikannya kepadaku, kemudian aku berikan kepada yang lain, dan ia pun minum hingga kenyang kemudian ia mengembalikan mangkok tersebut kepadaku hingga aku kembalikan mangkok itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga mereka semua sudah merasa kenyang. Beliau kemudian mengambil mangkok itu dan menaruhnya di tangan, lalu beliau melihatku sembari tersenyum, beliau bersabda: 'Wahai Abu Hurairah! ' Aku menjawab; 'Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.' Beliau bersabda: 'Sekarang tinggal aku dan kamu.' Aku menjawab; 'Benar wahai Rasulullah.' Beliau bersabda: 'Duduk dan minumlah.' Lalu aku duduk dan meminumnya, beliau bersabda kepadaku; 'Minumlah.' Lalu aku minum lagi dan beliau terus menyuruhku untuk minum, hingga aku berkata; 'Tidak, demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku sudah tidak sanggup lagi.' Beliau bersabda: 'Berikan bejana itu.' Aku lalu memberikannya kepada beliau, setelah memuji Allah dan menyebut nama-Nya beliau akhirnya meminum sisanya."

Hadith diatas memberi faedah bahawa bolehnya makan minum hingga perut kenyang, namun kenyang itu bukanlah hingga boleh memudharatkan diri, hingga kenyang masih mahu tetap makan dan makan dengan banyak. Seorang muslim sememangnya tidak dianjurkan makan lebih daripada keperluan diri, ini berdasarkan sebuah hadith Nabi SAW yang lain berbunyi: " الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ - seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [Dikeluarkan al-Bukhari, no. 5392]

Allah hu'alam
Abu Ismail Muhammad Fathi
22 Nov 2011 / kota sepi Iskandariah / Mesir






| | Read More »

Penjelasan status hadith: “letakkan ayat ini selepas ayat ini di surah ini"


Gambar: manuskrip al-Qur'an pada kurun ke-7 Hijrah 
tulisan Yaqut al-Musta'simi (wafat 697H), dari Baghdad. 
Tersimpan di muzium Tariq Rajab, Kuwait




Maksud Hadith: 

Setiap kali wahyu diturunkan, Rasulullah akan memerintahkan ia disusun mengikut turutan, dengan berkata “Letakkan ayat ini selepas ayat ini di surah ini"

Takhrij Hadith: 

Ahmad (no. 399, 499), Abu Daud (no. 786, 787), al-Tirmizi (no. 3086), al-Nasaie dalam al-Kubra (8007). 

Status Hadith:

Dhaif isnad, namun makna dan fiqhnya telah sedia diamalkan. Hadith ini diriwayatkan oleh jamaah huffaz antaranya Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie dan al-Tirmizi kesemuanya dari jalur Yazid al-Farisi dari Ibn `Abbas, iaitu kata Ibn `Abbas: 

قلت لعثمان بن عفان ما حملكم أ ن عمدتم إلى الأنفال وهي من المثاني وإلى براءة وهي من المئين فقرنتم بينهما ولم تكتبوا بينهما سطر بسم الله الرحمن الرحيم ووضعتموها في السبع الطول ما حملكم على ذلك ؟ فقال عثمان كان رسول الله صلى الله عليه و سلم مما يأتي عليه الزمان وهو تنزل عليه السور ذوات العدد فكان إذا نزل عليه الشيء دعا بعض من كان يكتب فيقول ضعوا هؤلاء الآيات في السورة التي يذكر فيها كذا وكذا وإذا نزلت عليه الآية فيقول ضعوا هذه الآية في السورة التي يذكر فيها كذا وكذا وكانت الأنفال من أوائل ما أنزلت بالمدينة وكانت براءة من آخر القرآن وكانت قصتها شبيهة بقصتها فظننت أنها منها فقبض رسول الله صلى الله عليه و سلم ولم يبين لنا أنها منها فمن أجل ذلك قرنت بينهما ولم أكتب بينهما سطر بسم الله الرحمن الرحيم فوضعتها في السبع الطول  

Terjemahan – Aku pernah bertanya kepada `Uthman bin `Affan: Apa yang menyebabkan engkau cenderung (menggolongkan) al-Anfaal dalam al-Mathani (iaitu surah yang berjumlah lebih dari seratus), memasukkan al-Baraah ke dalam al-Mi`in (iaitu surah yang kurang dari seratus), engkau meletakan keduanya berdekatan tanpa ditulis basmalah sebagai pemisah, serta memasukannya kedalam al-Sab'uth Thiwaal (tujuh surah terpanjang) apa sebabnya engkau berbuat -iaitu berijtihad- begitu? `Uthman menjawab: Rasulullah SAW terkadang dalam satu waktu diturunkan kepadanya surah yang memiliki banyak ayat, kerana itu jika turun sesuatu padanya Baginda SAW memanggil sebahagian juru tulis Baginda lalu bersabda: "Tulis semua ayat ini pada surah yang terdapat dalamnya begini dan begitu, " sedang jika turun padanya satu ayat Baginda katakan: "Tulis ayat ini di surah yang disebut dalamnya begini dan begitu, " sedangkan al-Anfaal adalah salah satu surah yang pertama kali diturunkan di Madinah sedangkan al-Baraah adalah sebagian surah al-Qur`an yang terakhir tetapi isinya mirip dengan isi surah al-Anfaal sehingga saya menganggapnya sebagai sebahagian darinya. Setelah itu Rasulullah wafat tetapi Baginda SAW tidak menjelaskan kepada kami bahwa ia bahagian darinya, kerana itulah aku letakkan keduanya secara berdekatan dan tidak menulis basmalah sebagai pemisah serta menggolongkannya ke dalam al-Sab'uth Thiwaal

Imam al-Tirmizi menilai dhaif hadith ini dengan katanya :" هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ–  hadith ini hasan“ dan istilah hasan disisi al-Tirmizi dalam kitabnya al-Jami’ secara khusus bermaksud dhaif, ini jelas bagi mereka yang biasa menela’ah kitab al-Tirmizi [lanjut dianjurkan merujuk kitab saya: Pengenalan Kepada Sunan al-Tirmizi dan Manhajnya].

Penilaian hasan oleh al-Tirmizi ini ialah sebagaimana yang tertera dalam naskhah manuskrip al-Karukhi, iaitu naskhah yang paling tepat untuk Jami’ al-Tirmizi. Adapun dalam naskhah yang lemah seperti naskhah Ahmad Syakir menyebut ‘Hasan Sahih’ dan ia merupakan kesilapan pada naskhah manuskrip. Tidak syak lagi yang diterima ialah naskhah terkuat iaitu naskhah al-Karukhi yang menyebut ‘Hasan’ sahaja.

Selanjutnya  al-Timizi juga menyebutkan tafarrud (menyandiri) nya `Auf dari Yazid dari Ibn `Abbas dalam meriwayatkan hadith  ini, kata al-Tirmizi: “لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ عَوْفٍ عَنْ يَزِيدَ الْفَارِسِيِّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَيَزِيدُ الْفَارِسِيُّ هُوَ مِنْ التَّابِعِينَ قَدْ رَوَى عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ غَيْرَ حَدِيثٍ – tidak diketahui ia selain dari hadith `Auf dari Yazid al-Farisi dari Ibn `Abbas dan Yazid al-Farisi adalah dari kalangan tabiin yang meriwayatkan dari Ibn `Abbas hadith-hadith“

Tafarrud ini adalah  petunjuk kepada sebab mengapa hadith ini dhaif di sisi al-Tirmizi. Ditambah pula Yazid al-Farisi ini disebutkan oleh gurunya iaitu Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Du'afa al-Saghir. Sekiranya seorang perawi yang lemah meriwayatkan hadith secara tafarrud maka tiada kemungkinan hadith itu menjadi sahih atau maqbul.

Selain itu Imam al-Bazzar dalam kitabnya al-Musnad (no: 344) menyebutkan tafarrud hadith ini, kata al-Bazzar:
هذا الحديث لا نعلمه يُروَى عن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا من هذا الوجه – hadith ini tidak diketahui ia diriwayatkan dari Rasul SAW kecuali dengan wajah ini“ . Kenyataan ini adalah isyarat dhaif oleh Imam al-Bazzar untuk hadith ini. Perlu diketahui bahawa nama sebenar bagi kitab Musnad karya Imam al-Bazzar ialah al-Musnad al-Mu'allal al-Kabir atau Musnad Hadith Rasulillah Bi 'Ilalihi atau al-Musnad bil 'Ilal sebagaimana yang tertera dalam manuskrip-manuskrip kitab ini, iaitu ia menghimpunkan hadith-hadith Musnad yang padanya terdapat kecacatan (`ilal). 

Hadith ini juga didhaifkan oleh Syu’aib al-Arnaut dalam tahqiq Musnad Ahmad dan Jami’ al-Tirmizi, juga oleh Ahmad Syakir dalam tahqiq Jami’ al-Tirmizi, juga oleh al-Albani dalam Dhaif al-Tirmizi.

Syaikh Ahmad Syakir menyatakan hadith ini dhaif isnad bahkan munkar matan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa susunan al-Qur’an itu adalah ijtihad Uthman dan bukannya tauqifi, iaitu ijtihad Uthman dalam masalah basmalah di awal surah al-Baraah, dan juga ijtihad Uthman dalam susunan al-Qur’an.

Saya katakan: kenyataan Ahmad Syakir itu tidak tepat, ini kerana walaupun hadith ini dhaif dari segi sanad, namun fiqhnya benar dan ia diamalkan serta padanya fiqh. Imam al-Tirmizi yang sendiri mendhaifkan hadith ini memasukkan ia dalam kitabnya al-Jami’ menunjukkan fiqhnya diamalkan Salaf, beliau menyebutkan hadith ini dalam kitabnya al-Jami' adalah untuk menyebutkan kecacatan yang terdapat pada isnadnya memandangkan antara tujuan kitabnya ditulis adalah untuk mengumpul hadith-hadith cacat yang padanya terdapat fiqh.

Juga Imam Abu Daud (no: 786-787) meriwayatkan hadith ini dalam kitabnya al-Sunan pada "Bab Menguatkan Bacaan Basmalah- باب من جهر بها “. Nyata sekali beliau menyebutkan hadith ini sebagai dalil menguatkan bacaan basmalah.

Diperkuatkan lagi hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban dalam kitabnya al-Taqasim wal Anwa (no: 43) pada "Bab Nabi SAW Memerintahkan Menulis al-Qur'an Ketika Ia Diturunkan Ayat Demi Ayat- ذكر ما كان يأمر النبي صلى الله عليه وسلم بكتبة القرآن عند نزول الآية بعد الآية “.  Jelas di sini bahawa hadith ini digunakan sebagai dalil fiqh proses penulisan al-Qura'an ayat demi ayat.

Abu Daud dan Ibn Hibban tidak menjadikan hadith ini sebagai dalil kepada kebenaran fakta bahawa `Uthman telah berijtihad tidak meletakkan basmalah dipermulaan Surah al-Baraah.

Perlu diketahui tertib penyusunan ayat-ayat dalam setiap surah al-Qur'an adalah tauqifi secara ijma', iaitu para Sahabat menyusunnya berdasarkan apa yang telah diperintah Nabi SAW. Tiadalah walaupun seorang daripada para Sahabat itu menyusun ayat-ayat dalam setiap surah dengan akal fikiran mereka sendiri melainkan mereka mendengarnya dari Baginda SAW.

Adapun tertib susunan surah dalam mushaf, syaikh Ahmad Syakir mendakwa ia adalah tauqifi semata, dan ini tidak tepat!! Yang benar ialah para `ulama telah berbeza kepada 2 pendapat iaitu pertama ia  tauqifi , dan kedua ia ijtihadi, bukannya tauqifi semata-mata seperti dakwaan Syaikh Ahmad Syakir!!. Dan yang rajih ialah susunan surah dalam mushaf adalah ijtihadi, dan para Sahabat menyusun surah-surah dalam mushaf itu berdasarkan ijtihad mereka masing-masing. Pendapat kedua ini dalilnya kuat, telah thabit dalam riwayat-riwayat yang sahih dalam Sahihain bahawa susunan surah dalam mushaf para Sahabat itu berbeza, seperti mushaf `Aishah, mushaf `Uthman, mushaf Ibn Mas'ud dan lainnya. Sehinggalah `Uthman menghapuskan cara susunan lainnya dan menjadikan satu susunan sahaja.

Manakala perihal basmalah pada setiap permulaan surah dalam mushaf adalah berdasarkan qiraat tujuh. Terdapat antara qiraat yang dibaca bermula dengan basmalah pada pemulaan surah seperti qiraat `Asim bin Abi al-Najud (riwayat Hafas), qiraat al-Kisa'ie dan qiraat `Abdullah bin Kathir.

Terdapat pula qiraat yang tidak memulakan bacaan sesuatu surah dengan basmalah seperti qiraat Nafi' (qiraat penduduk Madinah). Nafi' adalah guru kepada Imam Malik bin Anas. Dan mazhab Imam Malik beliau tidak membaca basmalah pada permulaan mana-mana surah al-Qur'an.

Sebagai contoh untuk masalah bacaan basmalah pada permulaan surah al-Taubah atau al-Baraah ini, qiraat mushaf Madinah zaman moden yang kita gunakan hari ini adalah qiraat Hafas dari 'Asim dari Ibn Habib al-Sulami. Al-Sulami meriwayatkan dari 4 orang sahabat Nabi SAW iaitu: `Uthman bin Affan (r.a), `Ali bin Abu Talib (r.a), Zayd bin Thabit (r.a) dan Ubai bin Ka'ab (r.a).

Dan kempat-empat Sahabat (r.hum) meriwayatkan surah al-Taubah tanpa basmalah dipermulaan. Ini tidak termasuk qiraat-qiraat selain Hafas dari 'Asim. Lanjut dianjurkan merujuk kitab: Fathul Bari karya Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Kitab Fadhail al-Quran: Bab Ta'lif al-Qur'an. Juga kitab al-Muqaddimat al-Asasiah fi `Ulum al-Qur'an, karya `Abdullah bin Yusuf al-Juday'.

Dengan ini dakwaan syaikh Ahmad Syakir bahawa matan hadith ini munkar adalah tertolak! Yang benar ialah isnadnya dhaif tetapi matannya baik serta diamalkan fiqhnya. Perihal ketiadaan basmalah diawal surah al-Baraah ini walaupun dhaif dari segi sanad hadithnya, namun ia sahih dari segi periwayatan sanad qurra untuk sanad-sanad al-Qur’an. 

Allah hu'alam
Abu Ismail Fathi al-Tabib



| | Read More »

Penjelasan status athar `Umar: Jangan belajar bahasa `ajam dan memasuki gereja kaum musyrik




Penjelasan status athar `Umar: Jangan belajar bahasa `ajam dan memasuki gereja kaum musyrik


Matan Athar: 

لاتعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم

Janganlah kamu belajar lenggok bahasa `ajam dan jangan masuk kepada orang-orang musyrik di gereja-gereja mereka sewaktu perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka

Takhrij & Status 

Maqtu Sahih kepada `Atha bin Abi Rabah sebagai kata-katanya sahaja, dan tidaklah ia Sahih kepada `Umar.

·         Athar ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam al-Kubra (9/234), Abdul Razzaq dalam Musannaf (1/411), Abi al-Syaikh al-Asbahani sebagaimana yang disebut Ibn Taimiah dalam Iqtidha Sirat al-Mustaqim (1/510/511) dari jalur `Atha bin Dinar dari `Umar dia berkata: “لاتعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم – Janganlah kamu belajar lenggok bahasa `ajam dan jangan masuk kepada orang-orang musyrik di gereja-gereja mereka sewaktu perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka “.

Jalur ini putus antara `Atha bin Dinar dan `Umar. Dan putusnya sanad adalah dhaif kerana ia telah hilang salah satu syarat utama hadith sahih. `Atha bin Dinar adalah tabiin kecil dan dia tidak mendengar dari `Umar.

Namun Ibn Taimiah telah mensahihkan jalur ini, serta mengikuti Ibn Taimiah ialah muridnya Ibn al-Qayyim, Ibn Kathir, Ibn Muflih dan kesemua mereka telah tersilap mensahihkan jalur ini.

Saya katakan: sesungguhnya yang haq itu lebih berhak untuk diikuti,yang silap itu kekal silap tidak mengira siapa yang mengucapnya dan jalur ini tidaklah sahih kerana putusnya antara `Atha bin Dinar dan `Umar. Moga Allah merahmati Ibn Taimiah, Ibn al-Qayyim, Ibn Kathir, Ibn Muflih dan selainnya yang tersilap mensahihkan jalur ini.

·         Juga dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf (5/299/2628) secara maqtu kepada `Atha bin Abi Rabah sebagai kata-katanya sahaja dan isnadnya sahih bersambung kepada `Atha bin Dinar.

Kata-kata tabiin`Atha bin Abi Rabah ini membawa faedah bahawa kaum muslimin dilarang untuk menyambut perayaan agama kaum kafir, juga dilarang untuk memasuki gereja-gereja atau synagogue mereka ketika perayaan mereka. Adapun lenggok bahasa `ajam yang dimaksudkan ialah lenggok bahasa serta suara mereka ketika menyanyikan lagu-lagu keagamaan sewaktu perayaan mereka di gereja-gereja

Allah hu'alam
Abu Ismail Muhammad Fathi al-Tabib
18hb Nov 2011 / Gam'ah, Iskandariah, Mesir


| | Read More »

Penjelasan Status Hadith: Barangsiapa Menyerupai Sesuatu Kaum






Penjelasan Status Hadith: Barangsiapa Menyerupai Sesuatu Kaum

Matan Hadith: 

َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka


Status: 


Mauquf Sahih kepada Huzaifah sebagai kata-katanya dengan hukum rafa’. Hadith ini diriwayatkan dengan jalan marfu’ kepada Nabi SAW dari Huzaifah, Anas dan Ibn `Umar, juga mauquf kepada `Umar dan Huzaifah, juga mursal kepada Thowus. Riwayat yang marfu’ semuanya tidak terlepas dari kecacatan, sedangkan riwayat mursal pula kepada Thowus dan al-Hasan keduanya dhaif. Riwayat yang mauquf  ia dhaif kepada `Umar namun sahih kepada Huzaifah sebagai kata-katanya.

Pertama: jalur Ibn `Umar

Matannya:

 بُعِثْتُ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُعْبَدَ اللَّهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَجُعِلَ رِزْقِي تَحْتَ ظِلِّ رُمْحِي وَجُعِلَ الذِّلَّةُ وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Aku diutus dengan pedang hingga Allah yang diibadahi dan tiada sekutu bagiNya, rezqiku ditempatkan di bawah bayang-bayang tombak dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi orang yang menyelisihi perintahku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Dikeluarkan Ahmad (5114,5115), Ibn Abi Syaibah (4/212) dan lain-lain dari jalur `Abdulrahman bin Thabit, telah menceritakan kami Hassan bin `Athiyyah dari Abi Munib al-Jurasyi dari Ibn `Umar secara marfu’.

·         Abu Daud dalam Sunannya (4031) dengan ringkas menyebut lafaz akhrinya sahaja “وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Juga mengeluarkan al-Bukhari sebahagian lafaznya yang tengah dalam kitabnya ‘al-Sahih’ secara mu`allaq dengan sighah tamridh, kata al-Bukhari: “ويذكر ، عن ابن عمر ، عن النبي صلى الله عليه وسلم جعل رزقي تحت ظل رمحي وجعل الذلة والصغار على من خالف أمري– dan menyebut (yuzkar) dari Ibn `Umar dari Nabi SAW; rezqiku ditempatkan di bawah bayang-bayang tombak dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi orang yang menyelisihi perintahku

·         Jalur ini cacat, penyakitnya ialah `Abdulrahman bin Thabit yang diperselisihkan, sebahagian menolaknya, sebahagian menerimanya, dan Ibn Hajar menyimpulkan beliau sebagai : “Soduq Yukhti’”.

Yang benar ialah beliau Soduq Hasanul Hadith sekiranya tidak menyendiri, dengan itu berkata Syu’aib al-Arnaut: “isnadnya dhaif atas nakarah (munkar) pada sebahagian lafaznya. Ibn Thauban – iaitu `Abdulrahman bin Thabit bin Thauban – padanya diperselisih dalam hal menjarhnya (menolak) dan menta’dilnya (menerimanya), sebahagian mereka ada yang menguatkannya, sebahagian mereka ada yang melemahkannya, dan dia celaru pada akhir hanyatnya, kesimpulannya ialah dia seorang Hasanul Hadith sekiranya dia tidak menyendiri dengan apa yang diingkar, dan sesungguhnya telah mengisyaratkan Imam Ahmad bahawa sesungguhnya dia mempunyai hadith-hadith munkar dan hadith ini adalah salah satu daripadanya”.

·         Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, al-Bukhari mengeluarkan hadith ini secara mu`allaq dengan sighah tamridh menunjukkan ia dhaif disisi al-Bukhari.

·         Hadith Ibn `Umar ini juga dikeluarkan oleh al-Tahawi dalam Syarah Musykil al-Athar (1/88 (231)) dari jalur Abi Umayyah telah menceritakan kami Muhammad bin Wahab bin `Athiyyah telah menceritakan kami al-Walid bin Muslim telah menceritakan kami al-Auzaie dari Hassan bin `Athiyyah dari Abi Munib al-Jurasyi dari Ibn `Umar secara marfu’.

·         Jalur al-Walid bin Muslim yang disebut al-Tahawi ini juga cacat dengan beberapa kelemahan:

1-     Al-Walid bin Muslim seorang yang thiqah namun dikenali sebagai seorang mudallis yang suka melakukan tadlis taswiyah terhadap al-Auzaie secara khusus dan hadith ini adalah salah satu darinya.

2-     Sesetengah mutaakhkhirin menuduh bahawa al-Walid suka melakukan tadlis taswiyah secara umum dan ini tidak benar, yang benar ialah beliau hanya melakukan tadlis taswiyah kepada al-Auzaie secara khusus dan tidak kepada lainnya.  

Apabila kita menyebut al-Walid bin Muslim dan tadlisnya dapatlah kita ringkaskan kepada 3 perkara iaitu: 1- beliau melakukan tadlis hanya khusus kepada al-Auzaie sahaja dan bukan lainnya, 2 – tadlisnya kepada al-Auzaie pula terbahagi kepada 2 jenis, satu ialah dia mengambil dari Yusuf bin Safar yang matruk, dan satu lagi ialah tadlis taswiyah kepada al-Auzaie iaitu apabila al-Auzaie meriwayatkan dari mereka yang dhaif maka al-Walid akan membuang perawi yang dhaif itu antara al-Auzaie dan guru al-Auzaie, 3- dia juga melakukan tadlis syuyukh. Lanjut rujuk penjelasan Syaikh  Nasir bin Hammad al-Fahd dalam bukunya: “Manhaj al-Mutaqaddimin fi al-Tadlis”, halaman 97-103.

3-     Perlu diketahui periwayatan seorang mudallis yang thiqah adalah diterima sebagai bersambung kecuali terdapat indikasi bahawa dia melakukan tadlis secara pasti berdasarkan qarain-qarain kuat dan bukannya melihat kepada sighah tahdis atau `an`anah semata-mata sebagaimana yang dilakukan sesetengah mutaakhkhirin!

Dan menyendirinya al-Walid bin Muslim dalam meriwayatkan hadith ini dari jalur al-Auzaie dari Hassan bin `Athiyyah, sedang yang lain-lain meriwayatkan dari jalur `Abdulrahman bin Thabit dari Hassan bin `Athiyyah adalah qarain yang menunjukkan bahawa al-Walid telah melakukan tadlis taswiyah dalam riwayat ini.

Apatah lagi diketahui bahawa al-Auzaie sememangnya pernah bertemu `Abdulrahman bin Thabit dan mengambil hadith darinya menguatkan lagi qarain bahawa al-Walid telah melakukan tadlis taswiyah untuk riwayat ini, beliau membuang `Abdulrahman bin Thabit antara al-Auzaie dan Hassan bin `Athiyyah! Dan ini adalah seburuk-buruk tadlis.

4-     Selain al-Walid bin Muslim yang telah melakukan tadlis taswiyah untuk jalur ini, Abu Umayyah iaitu guru kepada al-Tahawi pula dikenali melakukan silap apabila meriwayatkan hadith dari ingatannya ketika di Mesir sebagaimana yang disebut Ibn Hibban dan dinukilkan Syu’aib al-Arnaut. Dan hadith ini adalah salah satu darinya, kerana di Mesir lah Abu Umayyah mendengar hadith dari Muhammad bin Wahab bin `Athiyyah.

Maka berkemungkinan besar Abu Umayyah telah tersilap menyebut isnad hadith ini dari al-Walid dari al-Auzaie dari Hassan bin `Athiyyah, sedangkan yang betul ialah dari `Abdulrahman bin Thabit dari Hassan bin `Athiyyah.

5-     Berlakunya kegoncangan pada isnad hadith ini dari jalur al-Auzaie. Iaitu `Isa bin Yunus telah menyelisihi al-Walid dengan meriwayatkan hadith ini dari jalur al-Auzaie dari Sa’id bin Jabalah dari Thowus dari Nabi SAW secara mursal sebagaimana yang dikeluarkan Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya (4/216), dan mengikuti `Isa bin Yunus ialah Ibn al-Mubarak yang turut meriwayatkan dari Sa’id bin Jabalah dari Thowus secara mursal sebagaimana yang dikeluarkan al-Qudhaie dalam Musnad al-Shibab (1/244/390). Dan mursal Thowus ini dhaif, padanya Sa’id bin Jabalah yang lemah.  Kata Muhammad bin Khafif al-Syirazi: “ليس هو عندهم بذاك – dia seorang yang lemah disisi mereka (iaitu ahli nuqqad hadith)” [Rujuk: Lisan al-Mizan, no. 87].

Selain itu turut menyelisihi al-Walid ialah Sadaqah yang meriwayatkan dari jalur al-Auzaie dari Yahya bin Abi Kathir dari Abi Salamah dari Abu Hurairah secara marfu’.

Saya katakan: jalur marfu’ ini dhaif kerana padanya Sadaqah yang lemah, dilemahkan oleh al-Bukhari, Ibn Ma’in, Abu Zur’ah dan lain-lain nuqqad bahkan tidaklah ia mahfuz secara marfu’, yang mahfuz ia mursal.

Jalur Sadaqah ini dikeluarkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya (sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam Nasbu al-Rayah, 12/473) dan kata al-Bazzar: “لم يتابع صدقة على روايته هذه ، وغيره يرويه عن الأوزاعي مرسلاً - tiadalah yang  mengikuti akan Sadaqah atas riwayatnya yang ini (iaitu secara marfu’), lain-lain meriwayatkan dari al-Auzaie secara mursal”. Dan ini adalah penjelasan  ma’lulnya lemahnya jalur marfu’ hadith ini oleh Imam al-Bazzar dan yang mahfuz ialah ia mursal, perlu diketahui bahawa nama sebenar bagi kitab Musnad karya Imam al-Bazzar ialah al-Musnad al-Mu'allal al-Kabir atau Musnad Hadith Rasulillah Bi 'Ilalihi atau al-Musnad bil 'Ilal sebagaimana yang tertera dalam manuskrip-manuskrip kitab ini, iaitu ia menghimpunkan hadith-hadith Musnad yang padanya terdapat kecacatan (`ilal).  

Disamping itu hadith ini juga dinyatakan mahfuz sebagai mursal bahkan dilemahkan oleh Imam Abu Hatim dan Imam Duhaim (iaitu Imam `Abdulrahman bin Ibrahim al-Dimasqi) sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abi Hatim dalam al-`Ilal (1/319); katanya: “سألت أبي عن حديث رواه عمرو بن أبي سلمة عن صدقة ابن عبد الله عن الاوزاعي عن يحيى بن أبي كثير عن أبي سلمة عن أبي هريرة عن النبي قال بعثت بالسيف بين يدي الساعة وجعل رزقي تحت ظل رمحي وجعل الذل والصغار على من خالفني ومن تشبه بقوم فهو منهم ، قال أبي : قال أبودحيم : هذا الحديث ليس بشيء ، الحديث حديث الأوزاعي ، عن سعيد بن جبلة ، عن طاوس ، عن النبي صلى الله عليه وسلم  – aku bertanya ayahku berkenaan hadith yang diriwayatkan oleh `Amru bin Abi Salamah dari Sadaqah ibn `Abdullah dari al-Auzaie dari Yahya bin Abi Kathir dari Abi Salamah dari Abi Hurairah dari Nabi SAW – matan hadith - , dan jawab ayahku: telah berkata Abu Duhaim (berlaku kesilapan dalam cetakan, yang benar ialah Duhaim, bukan Abu Duhaim sebagaimana komentar Syu’aib al-Arnaut): “hadith ini laisa bi syaie (iaitu hadith ini lemah), hadith ini ialah hadith al-Auzaie dari Sa’id bin Jabalah dari Thowus dari Nabi SAW (iaitu secara mursal)”.

·         Dengan itu jalur Ibn `Umar ini tidaklah ia sahih.


Kedua: jalur Anas

Matannya :

بعثت بين يدي الساعة ، وجعل رزقي تحت ظل رمحي ، وجعل الذل والصغار على من خالفني ، ومن تشبه لقوم فهو منهم

Aku diutus menjelang hari kiamat, dan rezqiku ditempatkan di bawah bayang-bayang tombak. Kehinaan dan kerendahan dijadikan bagi orang yang menyelisihiku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (1/129) dari jalur Bisyr bin al-Husin al-Asbahani menceritakan kami al-Zubair bin `Adiy dari Anas bin Malik secara marfu’.

·         Isnad jalur ini dhaif penyakitnya ialah Bisyr yang sepakat akan lemahnya bahkan dikata sebagai mendustakan hadith dari al-Zubair secara khusus. Kata al-Bukhari tentangnya: “فيه نظر- fihi nazor” (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, 1726) yang merupakan antara jarh yang kuat disisi al-Bukhari, berkata al-Daraquthni: “متروك -matruk” (rujuk: Lisan al-Mizan, 74), berkata Ibn `Adiy: “عامة حديثه ليس بمحفوظ- umum hadithnya tidaklah mahfuz” (rujuk: Lisan al-Mizan, 74), dan berkata Abu Hatim: “يكذب على الزبير - mendustakan hadith atas al-Zubair” (rujuk: Lisan al-Mizan, 74).

·         Dengan itu jalur Anas ini tidaklah ia sahih juga, bahkan dhaif jiddan, bahkan mungkin palsu.

Ketiga: jalur al-Hasan al-Basri

Matannya:

إن الله بعثني بسيفي بين يدي الساعة ، وجعل رزقي تحت ظل رمحي ، وجعل الذل والصغار على من خالفني ، ومن تشبه بقوم فهو منهم

Sesungguhnya Allah mengutusku dengan pedang menjelang hari kiamat, dan rezqiku ditempatkan di bawah bayang-bayang tombak. Kehinaan dan kerendahan dijadikan bagi orang yang menyelisihiku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Dikeluarkan oleh Sa’id bin Mansur dalam Sunannya (2194) dari jalur Ismail bin `Ayyash dari Abi `Umair al-Suri dari al-Hasan al-Basri dari Nabi SAW.

·         Saya katakan: jalur ini putus, ia mursal, al-Hasan al-Basri adalah tabiin dan beliau tidak bertemu Nabi SAW. Dan isnadnya dhaif kerana Ismail bin `Ayyash yang lemah apabila meriwayatkan dari selain ahli negaranya.

·         Dengan itu, jalur al-Hasan ini mursal dhaif, tidaklah ia sahih juga.

Keempat: jalur `Umar

Matannya :


َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Dikeluarkan `Abdulrazzaq dalam Musannafnya (20986) dari jalur Ma’mar dari Qatadah dari `Umar secara mauquf

·         Saya katakan: isnad ini dhaif, ia putus. Sesungguhnya Qatadah tidak mendengar dari `Umar , kata al-Hakim: “لم يسمع قتادة من صحابى غير أنس –  tidak sama sekali mendengar Qatadah dari seorang Sahabat pun kecuali Anas“ (rujuk: Tahzib al-Tahzib, 8/355). Dan putusnya sanad adalah dhaif kerana telah hilang salah satu syarat utama hadith sahih.

·         Dengan itu, jalur `Umar ini tidaklah ia sahih juga

Kelima: jalur Huzaifah

Matannya :

َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka

·         Dikeluarkan antaranya oleh al-Bazzar (7/368/2966) dan al-Tabarani dalam al-Awsath (8/179/8327) dari jalur Muhammad bin Marzuq telah mengkhabarkan kami `Abdul`Aziz al-Khtatab telah mengkhabarkan kami `Ali bin `Ghurab telah mengkhabarkan kami Hisyam bin Hassan dari Muhammad bin Sirin dari Abi `Ubaidah bin Huzaifah dari Ayahnya (Huzaifah) dari Nabi SAW secara marfu’.

·         Saya katakan: jalur marfu’ ini tidak mahfuz, yang mahfuz ialah ia mauquf kepada Huzaifah sebagai kata-katanya. Berkata Imam al-Bazzar sejurus mengeluarkan hadith ini: “وهذا الحديث لا نعلمه يروى عن حذيفة مسندا إلا من هذا الوجه ، وقد رواه علي بن غراب ، عن هشام ، عن محمد ، عن أبي عبيدة ، عن أبيه ، موقوفاً – tidak diketahui akan hadith ini akan mereka yang meriwayatkan dari Huzaifah secara musnad (iaitu marfu’) kecuali wajah ini, dan sesungguhnya telah meriwayatkan `Ali bin Ghurab dari Hisyam dari Muhammad dari Abi `Ubaidah dari Ayahnya (Huzaifah) secara mauquf“

·         Mengikuti Ibn Sirin ialah Yahya bin Sa’id yang meriwayatkan dari Abi `Ubaidah dari Huzaifah secara mauquf sebagai kata-katanya. Dikeluarkan Ahmad bin Hanbal dalam al-Wara’ (508) dan isnadnya sahih kepada Huzaifah dan ia mahfuz.

·         Dengan itu jalur yang mauquf kepada Huzaifah ini mahfuz (terpelihara) dan ia sahih kepada Huzaifah sebagai kata-katanya. Dan padanya hukum rafa’ kerana tidak mungkin seorang sahabat menyebut kata-kata ini dari pemikirannya sendiri melainkan padanya apa yang diajarkan Nabi SAW. Ini diperkuatkan lagi dengan beberapa hadith sahih thabit dari Nabi SAW berkenaan perihal larangan memakan dengan tangan kiri, larangan menyimpan misai dan sebagainya yang menunjukkan Islam itu dibezakan dari agama lainnya. 

Allah hu’alam. 
Abu Ismail Muhammad Fathi al-Tabib
Khamis, 10 November 2011 / 14 Zulhijjah 1432H
11.03 pagi / Iskandariah Mesir



| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign