Penjelasan status athar `Umar: Jangan belajar bahasa `ajam dan memasuki gereja kaum musyrik

| |




Penjelasan status athar `Umar: Jangan belajar bahasa `ajam dan memasuki gereja kaum musyrik


Matan Athar: 

لاتعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم

Janganlah kamu belajar lenggok bahasa `ajam dan jangan masuk kepada orang-orang musyrik di gereja-gereja mereka sewaktu perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka

Takhrij & Status 

Maqtu Sahih kepada `Atha bin Abi Rabah sebagai kata-katanya sahaja, dan tidaklah ia Sahih kepada `Umar.

·         Athar ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam al-Kubra (9/234), Abdul Razzaq dalam Musannaf (1/411), Abi al-Syaikh al-Asbahani sebagaimana yang disebut Ibn Taimiah dalam Iqtidha Sirat al-Mustaqim (1/510/511) dari jalur `Atha bin Dinar dari `Umar dia berkata: “لاتعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم – Janganlah kamu belajar lenggok bahasa `ajam dan jangan masuk kepada orang-orang musyrik di gereja-gereja mereka sewaktu perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka “.

Jalur ini putus antara `Atha bin Dinar dan `Umar. Dan putusnya sanad adalah dhaif kerana ia telah hilang salah satu syarat utama hadith sahih. `Atha bin Dinar adalah tabiin kecil dan dia tidak mendengar dari `Umar.

Namun Ibn Taimiah telah mensahihkan jalur ini, serta mengikuti Ibn Taimiah ialah muridnya Ibn al-Qayyim, Ibn Kathir, Ibn Muflih dan kesemua mereka telah tersilap mensahihkan jalur ini.

Saya katakan: sesungguhnya yang haq itu lebih berhak untuk diikuti,yang silap itu kekal silap tidak mengira siapa yang mengucapnya dan jalur ini tidaklah sahih kerana putusnya antara `Atha bin Dinar dan `Umar. Moga Allah merahmati Ibn Taimiah, Ibn al-Qayyim, Ibn Kathir, Ibn Muflih dan selainnya yang tersilap mensahihkan jalur ini.

·         Juga dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf (5/299/2628) secara maqtu kepada `Atha bin Abi Rabah sebagai kata-katanya sahaja dan isnadnya sahih bersambung kepada `Atha bin Dinar.

Kata-kata tabiin`Atha bin Abi Rabah ini membawa faedah bahawa kaum muslimin dilarang untuk menyambut perayaan agama kaum kafir, juga dilarang untuk memasuki gereja-gereja atau synagogue mereka ketika perayaan mereka. Adapun lenggok bahasa `ajam yang dimaksudkan ialah lenggok bahasa serta suara mereka ketika menyanyikan lagu-lagu keagamaan sewaktu perayaan mereka di gereja-gereja

Allah hu'alam
Abu Ismail Muhammad Fathi al-Tabib
18hb Nov 2011 / Gam'ah, Iskandariah, Mesir


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 4:16 PM. Filed under .

0 comments for "Penjelasan status athar `Umar: Jangan belajar bahasa `ajam dan memasuki gereja kaum musyrik"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign