Pencerahan Hadith-Hadith Dhaif dalam kitab-kitab Muhammad Abdul Wahhab (SMAW)

| |




Pencerahan Hadith-Hadith Dhaif dalam kitab-kitab Muhammad Abdul Wahhab (SMAW)

Seseorang yang mulia telah bertanya saya dalam laman ilmu al-Fikrah.net (AFN) berkenaan kewujudan hadith-hadith dhaif dalam Kitab al-Tauhid iaitu sebuah kitab aqidah karya Muhammad Abdul Wahhab (SMAW), persoalan kenapakah wujud hadith-hadith dhaif dalamnya sedangkan umum mengetahui bahawa hadith-hadith dhaif tidak dibuat hujah dalam aqidah? (Soalan asal rujuk disini: http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=800700#800700 )



Saya katakan: dalam Kitab al-Tauhid, sebenarnya tiada hadith dhaif bagi Syaikh Muhammad Abdul Wahhab (SMAW), bahkan beliau sendiri dalam kebanyakan tempat dalam kitab tersebut telah menyatakan darjat hadith yang dinukilkannya berdasarkan ijtihad beliau sendiri, kerana beliau juga seorang muhaddith pada zamannya. Apa yang sahih bagi SMAW mungkin saja dhaif bagi ulama lain, begitu juga sebaliknya.

Perlu diketahui bahawa SMAW adalah seorang imam, ulama yang mahir bukan sahaja dalam aqidah tetapi juga dalam tafsir, fiqh dan hadith. Cuma beliau lebih terkenal sebagai mujaddid aqidah pada zamannya. Selain kitab-kitab aqidah, beliau ada menulis beberapa kitab fiqh dan hadith misalnya "Adab al-Mashi Ila al-Solah" yang merupakan sebuah kitab fiqh tatacara solat (sifat solat Nabi), "Mukhtasar Fathul-Bari" yang merupakan ringkasan kepada kitab Fathul-Bari iaitu syarahan Sahih al-Bukhari oleh Imam Ibn Hajar yang sudah pasti dalamnya terkandung perbahasan fiqh dan hadith, bahkan kepakaran SMAW dalam hadith lebih terserlah dengan kitab beliau "Majmu’ al-Hadith ‘Ala Abwab al-Fiqh" yang merupakan himpunan hadith-hadith Nabi SAW berdasarkan bab-bab fiqh yang turut memasukkan athar-athar Salaf yang berkaitan.

Ketokohan SMAW dalam hadith diakui tidak sedikit para ulama, antaranya berkata Syaikh Uthman bin Basyir al-Najdi (wafat 1215) katanya: "وَكَانَ -رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى- فِي صِغَرِهِ كَثِيْرَ الْمُطَالَعَةِ فِي التَّفْسِيْرِ وَالْحَدِيْثِ وَكَلامِ العُلَمَاءِ فِي أَصْلِ الإسْلامِ، ... - Adalah SMAW - rhm - pada usi kecilnya banyak menela'ah dalam tafsir, hadith, dan kata-kata ulama dalam cabang-cabang asas (utama) islam...".

SMAW belajar hadith dan mengambil ijazah hadith dari beberapa ulama hadith zamannya, antaranya ialah al-Syaikh al-`Allamah al-Faqih al-Muhaddith `Abdullah bin Ibrahim al-Saif, juga beliau mengambil ijazah hadith dari al-Muhaddith al-Kabir al-`Allamah Muhammad Hayah al-Sindi al-Madani, juga beliau belajar dan mengambil ijazah hadith dari al-Syaikh al-`Allamah al-Muhaddith Ismail al-`Ajluni iaitu pengarang kitab hadith yang terkenal "Kashful Khafa' " dan lain-lain ulama hadith.

Allah hu'alam
~ Fathi Al-Sakandary / 9 Dis 2011 / Iskandariah~



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 4:25 PM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign