Manhaj Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar - Istilah Mursal

| |




Manhaj Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar - Istilah Mursal 

Imam Ibn Khuzaimah walaupun dari segi tarikh beliau adalah selepas kurun 3H, namun manhaj beliau dalam hadith sama seperti huffaz Salaf awal. Antaranya ialah manhaj beliau dalam istilah Mursal, dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar beliau menggunakan istilah Mursal pada beberapa tempat sebagai isyarat dhaif untuk sesuatu hadith. 

Perlu diketahui bahawa istilah Mursal disisi Ibn Khuzaimah bukanlah seperti yang diketahui umum dalam istilah hadith mutaakhkhirin yang popular iaitu "kata-kata al-Tabi’in tidak mengira samada Kibar al-Tabi’in atau Tabi’in Soghir yang berkata: bersabda Nabi. Dengan kata lain sanad itu jatuhnya (hilangnya) Sahabi".

Akan tetapi amali Ibn Khuzaimah untuk istilah Mursal lebih luas iaitu ia bermaksud: "semua yang sanadnya putus, iaitu semua sanad yang putus dinamakan sebagai Mursal. Tidak mengira samada ia putus pada awal sanad, atau pertengahan atau di akhir. Tidak mengira samada rawi yang jatuh (hilang) itu ialah Sahabi, atau selain Sahabi". 

Dengan itu digunakan istilah mursal untuk al-Muallaq, al-Munqathi’, al-Mu’dhal. Kesemua sanad yang putus dinamakan sebagai Mursal. Amali Ibn Khuzaimah ini adalah popular dalam kalangan ramai Huffaz Hadith kurun yang awal seperti Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Hatim, dan lain-lain Ahli ilmu daripada Ahli Hadith Mutaqaddimin.

~ Fathi al-Sakandary , 14 Dis 2011 ~

Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 8:10 PM. Filed under .

2 comments for "Manhaj Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar - Istilah Mursal"

  1. Salam Alaik.. Bukankah ini termasuk khilaf lafzhiy? Muta-akhkhiriin hanya merincikan mursal menjadi beberapa bahagian, Mursal, Munqathi' dan Mu'dhal.. dimana letak kesalahan Muta-akhkhiriin jika merincikan? mohon penjelasan.. BaarakAllah feek..

  2. Tiada kesalahan pd mutaakhkhirin dlm hal ini, ana takda sebut perkataan 'kesalahan' atau 'salah' atau yg seumpamanya pun dlm tulisan diatas. Penuntut ilmu perlu tahu adanya beza manhaj antara mutaqaddimin dan mutaakhkhirin dlm istilah mursal, agar kita faham apa yg dimaksudkan ulama salaf (mutaqaddimin) apabila berbicara krn istilah mereka amat berbeza dgn ulama khalaf (mjutaakhkhirin)

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign